Kedua tercorot, Norhizam gagal pertahan Pengkalan Batu


  • Politik
  • Sabtu, 20 Nov 2021

NORHIZAM sebelum ini menarik sokongan terhadap Sulaiman pada 4 Oktober lalu. — Bernama

CALON Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu apabila hanya memperoleh 302 undian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon Barisan, Datuk Kalsom Nordin memenangi kerusi DUN berkenaan selepas meraih 1,789 undian sementara calon Pakatan Harapan (PH) memperoleh 1,232 undian dan calon PN, Mohd Azrudin Md Idris mendapat 830 undian.

Norhizam sebelum ini antara empat ahli DUN yang menarik sokongan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.

Terdahulu, Norhizam juga 'ditolak' oleh Pakatan Harapan untuk menjadi calon parti tersebut pada PRN Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram