Dira jadi artis pertama bergelar YB


  • Politik
  • Sabtu, 20 Nov 2021

Dira jauh meninggalkan dua lagi calon di DUN Rim
PELAKON, Datuk Khadiri Abu Zahar atau Dira dilihat bakal menjadi artis pertama yang bergelar YB selepas mendahului dua calon lain di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.23 malam tadi, Dira mendahului kiraan majoriti undi sebanyak 2,780.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Raman (PN) pula meraih undi sebanyak 1,782 manakala calon PH, Prasanth Kumar sekadar 1,615 undian.

Terdahulu, Dira membuat kelainan apabila menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terakhir yang mengundi.

Dia hadir ke Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kira-kira pukul 3.10 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram