Lagi kejadian pandu lawan arus, kali ini libatkan Kancil di Plaza Tol Juru


  • Tular
  • Khamis, 18 Nov 2021

TANGKAP layar rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang menunjukkan sebuah Perodua Kancil memandu secara melawan arus berdekatan Plaza Tol Juru. — Facebook

KEJADIAN memandu secara berbahaya melawan arus dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini dengan beberapa kes dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.

Pada Rabu, satu lagi insiden seumpama berlaku di Plaza Tol Juru, Simpang Ampat, Pulau Pinang melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil pada jam kira-kira 8.15 pagi.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) seorang pemandu yang melalui jalan tersebut.

Menerusi rakaman video tersebut, pemandu Kancil itu dilihat berada di laluan paling kanan dan hampir-hampir melanggar kenderaan yang berada di laluan tersebut.

Tindakan pemandu Kancil itu mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkan perkara itu boleh menyebabkan kemalangan bahaya kepada pemandu lain.

Setakat ini, masih belum terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa tentang insiden tersebut.

Majoriti pada Rabu melaporkan satu insiden lawan arus yang berlaku di Kemaman, Terengganu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi serta insiden serupa yang melibatkan Perodua Alza di jalan Skudai-Pontian, Johor pada 1 November lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram