Salah pasang nombor plat 'fancy' dan kabur, boleh didenda maksimum RM3,000


  • 112
  • Khamis, 04 Nov 2021

ANTARA contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. —JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran bahawa tindakan memasang nombor pendaftaran (No. Plat) mengelirukan, kabur atau 'fancy' adalah menjadi suatu kesalahan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, JPJ berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

template (52)

Contoh-contoh gambar kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan. — JPJ

"Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

"Pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ, " katanya.

Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPJ, nombor pendaftaran, APJ 1987