'Patut buat ujian mental untuk pemandu kereta'


  • Tular
  • Rabu, 03 Nov 2021

LONGGOKAN sampah sarap ditinggalkan oleh individu terbabit. — Facebook

TULAR di media sosial tentang sikap seorang individu yang secara selamba membuang sampah yang terdapat dari dalam keretanya di tepi jalan raya baru-baru ini.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan membiarkan sampah sarap berkenaan tanpa memasukkannya ke dalam tong sampah sebelum beredar dari lokasi tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video itu menerima 290 perkongsian dan 404 likes.

Perbuatan individu terbabit sekali gus mengundang reaksi warganet di Facebook.



Kredit — Facebook Maswan Mukhlis



"Untunglah macam itu. Selepas itu demand semua kelas pertama. Ini yang berlambak-lambak di Malaysia ini," kata pengguna Facebook, Hafiz Mohamad Azlan.

"Teruknya perangai, kalau saya, sampah kulit coklat pun letak dalam poket dahulu sehingga keluar dari kereta, baru buang dalam tong sampah," kata seorang lagi pengguna Facebook, Haris Haris.

"Patut dan tiba masanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kesihatan (KKM) adakan ujian khas mental/akal/otak pada mereka yang memiliki/memandu kereta tak kira tua atau muda," ujar pengguna Facebook, Yebo Locotorp. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Facebook, Myvi, sampah sarap, warganet