LUIS Suarez dilihat berang dan kecewa apabila Atletico Madrid ditewaskan 0-2 kepada bekas pasukannya, Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield pada pagi Khamis.
The Reds berjaya menang hasil jaringan Diogo Jota dan Sadio Mane.
Pada masa sama, bekas pemain Barcelona itu juga masih berang dengan rakan sepasukannya, Felipe kerana membenarkan Mane membuat jaringan gol.
Suarez juga menerima kecaman hebat oleh penyokong Liverpool sepanjang tempoh pertama dia mendapat bola.
Penyerang berpengalaman itu juga dilihat cukup kecewa ketika memprotes keputusan pengadil, Danny Makkelie yang melayangkan kad merah kepada Felipe selepas mengasari Mane.
Ia adalah satu pertemuan sengit kerana empat pemain Atletico lain secara keseluruhan telah menerima amaran, tiga dalam tempoh masa pertama.
Manakala, Felipe telah dilayangkan kad merah kerana memprotes Makkelie, berikutan kekasarannya terhadap Mane.
Pemain pertahanan itu pada mulanya dilayangkan kad kuning namun enggan mendekati pengadil apabila dipanggil, menyebabkan Makkelie memutuskan Felipe untuk dibuang padang.
Suarez dan Koke turut diberi amaran ketika mempertahankan Felipe, ketika beberapa pemain Atletico mengerumuninya di tengah.
Bantahan Suarez berterusan selepas rehat apabila dia bertengkar dengan Makkelie di bulatan tengah sebelum separuh masa kedua bermula.
Suarez akhirnya digantikan dengan Hector Herrera ketika awal separuh masa kedua. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram