KESEMUA 32 individu yang menghadiri ‘private party’ di sebuah banglo di Bukit Damansara dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Hasil pemeriksaan lanjut dan saringan awal air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan itu dilakukan anggota daripada D7 dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 10 malam.
Tambahnya, serbuan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam.
"Serbuan mendapati 32 orang pengunjung warga tempatan dan seorang lelaki warga asing (penjaga rumah) sedang mengadakan majlis hari jadi.
"Kesemua pengunjung tiada rekod jenayah manakala hasil ujian awal air kencing mendapati seorang lelaki dan wanita positif dadah," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram