'Ambil duit kerajaan pandai. Ambil duit penyokong pandai. Kualiti padang zero'


  • Podium
  • Ahad, 31 Okt 2021

TUNKU Ismail menjelaskan setiap pasukan ada bajet paling kurang RM6 juta dan paling tinggi RM32 juta, namun tidak mengutamakan penyediaan padang berkualiti. — Agensi

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa ada pasukan tempatan lebih mengutamakan publisiti berbanding merencana perancangan jangka masa panjang buat pasukan.

Kebanyakan pasukan seakan lebih mengejar populis berbanding melaksanakan perancangan jangka masa panjang seperti menyediakan kemudahan asas seperti padang berkualiti.

“Ambil duit kerajaan pandai. Ambil duit penyokong pandai. Kualiti padang zero. Janji manis aja setiap tahun.

“Setiap pasukan ada bajet paling kurang RM6 juta dan paling tinggi RM32 juta. Harga padang paling rendah RM897,000. Paling mahal RM1.4 juta.

insta1

“Semua beri tumpuan kepada short term planning semata-mata nak popular,” katanya menerusi InstaStory.

Ini bukan kali pertama Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengetengahkan kepentingan padang berkualiti malah sudah banyak kali mengutarakan perkara sama.

Malah, sebelum ini Tunku Ismail turut pernah menimbulkan persoalan tentang kos RM10 juta yang diperlukan Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini kerana, Tunku Ismail hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang di Stadium Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, Tunku Ismail tidak hanya mengkritik malah sebelum ini juga pernah menghamburkan pujian kepada pengurusan Terengganu FC kerana menyediakan padang terbaik.

insta

“Kos pembinaan padang bola sepak Stadium Sultan Ibrahim bernilai RM1.3 juta termasuk saliran. Tempoh pembinaan tiga setengah hingga empat buan.

“Kos selenggara RM240,000 setahun. Kos pembinaan (padang) pusat latihan JDT bernilai 896,000, selenggara RM190,000 setahun,” tambah Tunku Ismail dalam InstaStory. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram