[VIDEO] Kontroversi wanita kemaruk jadi pramugari masuk episod baharu angkara AI, Garuda Indonesia sangkal dakwaan


  • Benua
  • Khamis, 15 Jan 2026

Gambar tular tular diterima sebagai pramugari adalah palsu dan merupakan imej janaan AI.

DRAMA wanita menyamar sebagai pramugari yang tular pada awal Januari lalu kini memasuki episod baharu apabila tular dakwaan dia diterima bekerja secara rasmi di Garuda Indonesia.

Wanita berusia 23 tahun itu, dikenali sebagai Khairun Nisa, sebelum ini menjadi perhatian selepas menyamar sebagai pramugari Batik Air. 

Namun, syarikat penerbangan nasional itu menafikan dakwaan tersebut.

BACA LAGI : [VIDEO] Ditipu scammer rupanya, impian wanita Palembang sebagai pramugari akhirnya jadi kenyataan

BACA LAGI: [VIDEO] Kemaruk nak jadi pramugari, tembelang wanita Palembang di awan biru terbongkar

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Dicky Irchamsyah, berkata imej yang tular memaparkan KN bersama pihak syarikat sebenarnya dihasilkan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Konten tersebut menggunakan teknologi AI dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Dicky menegaskan, Garuda Indonesia tidak pernah menerima calon pramugari Khairun Nisa dan pada masa ini tiada sebarang pengambilan pramugari dibuka di platform rasmi syarikat.

"Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa mengesahkan sumber maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi di media sosial," tambahnya.

Sebelum ini, sebuah perkongsian di media sosial dan portal media Indonesia mendakwa wanita berasal dri Palembang ang lebih dikenali sebaga Nisa itu diterima bekerja secara rasmi di Garuda Indonesia dan disahkan oleh keluarganya. 

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan sepenuhnya oleh Garuda Indonesia tersebut.

Terdahulu, media pada Rabu melaporkan Nisa menarik perhatian umum selepas mengenakan seragam lengkap pramugari Batik Air, membawa bagasi rasmi syarikat penerbangan tersebut dan menggunakan kad pengenalan palsu semasa perjalanan Palembang–Jakarta.

Malah, penyamarannya itu begitu sempurna sehingga membuatkan petugas lapangan terbang menganggapnya sebagai kru tambahan sebelum identitinya terdedah.

Namun, Nisa menegaskan tindakannya bukan berniat jahat dan dia mengaku berada di bawah tekanan psikologi serta malu kepada keluarga selepas menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menjanjikan kelulusan ujian pramugari dengan bayaran tertentu.  — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram