Lepas serang, culik Presiden Venezuela, Trump ikrar tak mustahil Colombia jadi sasaran seterusnya


  • Benua
  • Isnin, 05 Jan 2026

Trump (tengah) menegaskan pelbagi usaha dan operasi akan dilancarkan bagi usaha menyekat penyeludupan dadah ke AS. — Agensi

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tampil mengingatkan negara lain sekitar Amerika Selatan bahawa operasi ketenteraan akan diteruskan sehari selepas serangan dilancarkan ke atas Venezuela.

Serangan yang dicetuskan pada Sabtu itu turut menyaksikan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ditahan dan akan dihadap ke muka pengadilan.

Operasi tersebut merupakan peringatan kepada negara Amerika Selatan lain supaya menghentikan kegiatan penghasilan dan penyeludupan dadah, terutamanya Colombia seperti mana ditegaskan Trump.

BACA LAGI: [VIDEO] Trump bakal ditimpa penyakit serius tahun 2026 ikut ramalan bomoh Peru

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rasanya ternampak Myvi dan Axia', Trump umum AS benar keluar kereta kompak seperti Malaysia

Keadaan bandar di Venezuela susulan operasi ketenteraan dilancarkan AS. — Agensi

"Colombia merupakan sebuah lagi negara yang merisaukan dan ia ditadbir individu yang suka menghasilkan kokain dan diseludup ke AS. Dia tidak akan kekal lama," katanya.

Kenyataan berkenaan dibuat merujuk kepada Presiden Colombia, Gustavo Petro yang lantang bersuara susulan serangan AS dan Trump ke atas Venezuela.

Presiden AS itu sebelum ini menyatakan kegusaran berhubung penyeludupan dadah ke AS sehingga terpaksa mengambil tindakan berbentuk ketenteraan dan sekatan ekonomi bagi mengatasi isu terbabit.

Ini termasuk mengenakan tarif ke atas Mexico dan Kanada melibatakan urusan niaga import fentanyl selain menyerang beberapa buah bot sekitar Lautan Pasifik dan Carribean yang dipercayai terlibat dalam jenayah berkenaan.

Pelbagai usaha mula dilancarkan Trump dalam usaha memerangi penyeludupan dadah ke AS. — Agensi

Jelasnya lagi, operasi ketenteraan ke atas Venezuela bertujuan melemahkan seketu negara itu, Cuba dengan menyekat aliran wang tunai.

"Cuba juga nampaknya hendak tumbang. Saya tidak berasakan kita perlu berbuat apa-apa," katanya tanpa menyertakan bukti kukuh berkenaan kedudukan ekonomi negara itu.

Bagaimanapun, Trump menjelaskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Mexico meskipun negara jiran AS itu sering dikaitkan dengan penyeludupan dadah.

Presiden AS berkenaan hanya sempat mengingatkan supaya membendung jenayah berkenaan selain sempat menjelaskan dia pernah menawarkan bantuan ketenteraan bagi mengatasi isu terbabit.

Tetapi, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pernah berkata secara terbuka menolak tawaran itu dan berikrar mahu mengatasi masalah dadah di negara berkenaan dengan sendiri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram