[VIDEO] Kasih seorang ibu, wanita nekad terjun ke laut selamatkan anak di Bahamas


  • Benua
  • Rabu, 31 Dis 2025

Tangkap layar seorang wanita terjun dari sebuah dermaga di Bahamas demi menyelamatkan anaknya. — Agensi

DETIK cemas menyelubungi dermaga Carnival’s Celebration Key apabila seorang wanita nekad terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh di tengah-tengah antara kapal persiaran Carnival Sunrise dan dermaga baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu namun video insiden berkenaan mula tular di laman media sosial pada Rabu.

Namun begitu, tidak dinyatakan punca sebenar kanak-kanak malang tersebut terjatuh.

BACA LAGI: [VIDEO] Lintang-pukang pulang ke rumah, lelaki panik nama sendiri diumumkan surau sudah meninggal dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Gurauan jiran jadi kenyataan, wanita diculik ibu sendiri ketika kecil ditemukan semula selepas 40 tahun

Memetik laporan media antarabangsa, wanita tersebut terus terjun tanpa memikirkan keselamatan diri selepas melihat anaknya terjatuh.

Dalam kejadian yang mencetuskan panik itu, keliatan kru kapal segera menurunkan tangga dan pelampung untuk membantu si ibu.

 

 

 

 

Kanak-kanak itu akhirnya berjaya diselamatkan dan dipeluk oleh seorang wanita berhampiran sebelum si ibu turut ditarik keluar dari air.

Orang ramai yang menyaksikan detik dramatik itu bersorak dan menepuk tangan melihat kedua-duanya terselamat.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Carnival Cruise Line mengesahkan kedua-duanya kini berada dalam keadaan baik.

"Kanak-kanak berusia empat tahun itu terjatuh ke dalam air, ibunya segera terjun menyelamatkannya. Pasukan keselamatan dan kru kapal bertindak pantas dan mereka kini stabil," katanya.

Seorang saksi yang melihat kejadian turut meluahkan rasa kagum dengan tindakan wanita berkenaan.

"Wanita itu sangat berani, terjun selepas anaknya. Sangat menakutkan tetapi mereka berjaya diselamatkan dengan pantas," katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan dalam satu hantaran di media sosial miliknya mengucapkan terima kasih atas doa da bantuan dari semua pihak.

"Kami masih trauma, tetapi semuanya selamat. Proses pemulihan masih panjang untuk anak-anak dan saya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram