JUARA dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan peringatan jelas mengenai kemampuan mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara beregu campuran Terbuka Australia.
Pada Ahad, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi penuh dominasi apabila mudah menewaskan pasangan Indonesia ranking nombor 11 dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dengan kemenangan 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit di Sydney Olympic Park.
Kejayaan tersebut merupakan gelaran Jelajah Dunia pertama mereka tahun ini dan hadir tepat pada masanya sebagai tonik keyakinan menjelang Sukan SEA di Thailand dari 9 hingga 20 Disember.
BACA LAGI: Jika terlalu serius cedera, Zii Jia perlu pertimbang bersara — Legenda badminton negara
BACA LAGI: Legenda badminton nasihat BAM, hantar skuad terbaik ke Sukan SEA
Kali terakhir pasangan Malaysia berkenaan memenangi gelaran Jelajah Dunia ialah di Terbuka Korea pada Ogos tahun lalu.
Terdahulu, pemain perseorangan lelaki India iaitu Lakshya Sen berjaya menewaskan wakil Jepun, Yushi Tanaka dengan keputusan 21-15, 21-11 untuk merangkul gelaran pertamanya tahun ini.
Dalam acara beregu lelaki, pasangan Raymon Indra-Nikolaus Joaquin menundukkan rakan senegara yang lebih berpengalaman, Fajar Alfian-Shohibul Fikri dengan keputusan 22-20, 10-21, 21-18 dalam final sesama Indonesia.
Turut berlaku kejutan dalam satu lagi final melibatkan pemain Indonesia apabila pasangan Rachel Allessya-Febi Setianingrum menewaskan Febriana Dwipuji-Meilysa Trias 18-21, 21-19, 23-21 dalam acara beregu campuran. — The Star/ RAJES PAUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
