[VIDEO] Alangkah indahnya kejutan istimewa buat pelajar sindrom down, teman prom bukan calang-calang


  • Benua
  • Selasa, 21 Okt 2025

Tangkap layar pelajar lelaki itu mengajak rakan sekelasnya menghadiri majlis prom.

SEBUAH video tular dari Amerika Syarikat menyentuh jutaan hati di seluruh dunia apabila ia merakam tindakan penuh empati seorang kapten pasukan American football sekolah menengah kepada pelajar wanita sindrom down. 

Menerusi video yang tular di media sosial, pelajar berkenaan mengajak rakan sekelasnya menghadiri majlis prom selepas mengetahui gadis itu merancang untuk pergi seorang diri.

Majlis prom di Amerika lazimnya dianggap sambutan penuh glamor yang menandakan tamatnya alam persekolahan diserikan dengan pakaian elegan, pasangan tarian dan suasana meriah. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Thank you ma for the food', ucapan kecil jadi kenangan terakhir ibu sebelum anaknya maut dibuli

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas helikopter California, saksi dengar bunyi aneh sebelum terhempas

Namun bagi sesetengah pelajar sekolah khususnya mereka yang berasa terpinggir atau berbeza, malam istimewa berkenaan boleh menjadi saat yang sunyi dan menyedihkan.

Kisah luar biasa itu bermula apabila pelajar lelaki terbabit mengetahui bahawa salah seorang rakan perempuannya tidak mempunyai teman prom.

Tanpa berfikir panjang, atlet sekolah tersebut mengambil keputusan untuk menjemput gadis itu sebagai teman tariannya, satu tindakan yang mengubah seluruh makna malam tersebut.

Momen ketika jemputan itu dibuat dan reaksi spontan gadis berkenaan yang penuh kegembiraan dan rasa tidak percaya dengan ia dirakam dalam satu video yang kemudian dikongsi oleh pengguna media sosial, Jason Kennedy.

Video berkenaan segera menjadi tular, mengumpul jutaan tontonan dan ribuan komen menyentuh hati dengan rata-rata warganet memuji keikhlasan dan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram