
KONFLIK melibatkan Thailand dan Kemboja yang bermula sejak Khamis lalu menyaksikan seramai 34 individu, termasuk orang awam dari kedua-dua negara terbunuh selepas beberapa siri serangan dilancarkan.
Peperangan disaksikan di 12 lokasi sekitar sempandan dua negara Asia Tenggara dengan beberapa jentera ketenteraan turut dilancarkan yang sudah tentu meningkatkan ketegangan konflik.
Isu tersebut sudah tentu menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk yang enggan menjadi mangsa di sebalik Angkatan Tentera Diraja Kemboja (RACF) dan Angkatan Tentera Diraja Thai (RATF).
BACA LAGI: PM Thailand beri amaran, konflik Kemboja boleh bertukar perang
BACA LAGI: Konflik Israel: Malaysia teliti keperluan bawa keluar rakyat dari Iran — PM Anwar
Peluru berpandu dilancarkan ke arah beberapa lokasi sekitar sempadan kedua-dua negara. — Agensi
Namun, di sebalik konflik tersebut, orang ramai masih perlu menjalani kehidupan seperti biasa sambil mengharapkan konflik kedua-dua pihak dapat diselesaikan segera.
Ini termasuk seorang penghantar barang (p-hailing) yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sehingga tular baru-baru ini apabila dia masih sibuk bekerja semasa serangan dilancarkan.
Kejadian berlaku di Surin, Thailand pada Khamis memaparkan individu terbabit menunggang motosikal bersama beberapa barangan di kenderaannya.
Momen mengejutkan dialaminya apabila letupan meletus berhampirannya, namun dia masih tenang dan komited dengan tugasnya sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah untuk menghantar pesanan.
Selepas selesai sahaja kerjanya, individu berkenaan segera meninggalkan lokasi kejadian tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Berdasarkan laporan setakat ini, beberapa peluru berpandu dilancarkan pihak RACF sekitar Sarin dan Si Sa Ken, termasuk sebuah kedai serbaneka yang menjadi antara sasaran awal.
Ketegangan berlaku merupakan yang paling teruk dalam tempoh sedekad dengan kedua-dua negara saling tuduh-menuduh di sebalik punca serangan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram