
TENTERA Thailand dan Kemboja dilapor saling berbalas serangan di sempadan kedua-dua negara pada Khamis, beberapa jam selepas hubungan Bangkok dan Thailand semakin rengggan ekoran pertelagahan isu sempadan.
Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh memulakan serangan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan tercetusnya konflik yang lebih panjang.
Thailand dan Kemboja sebelum ini berbalah mengenai isu kawasan dikenali sebagai Segi Tiga Emerald, lokasi terletaknya kuil bersejarah yang bersempadan dengan satu lagi negara, Laos.
Menurut laporan, pertempuran itu menyebabkan dua rakyat Thailand terbunuh dan dua lagi askar cedera selepas Kemboja melancarkan serangan roket yang turut mengenai sebuah kedai serbaneka.
Border clash between Thailand and Cambodia pic.twitter.com/SfkcdufpLU
— @ (@anthraxxxx) July 24, 2025
Tentera Thailand mendakwa, askar Kemboja melepaskan tembakan di kawasan berdekatan Kuil Ta Moan Thom dan pertempuran masih lagi berlangsung setakat tengah hari Khamis.
Kerajaan Thailand turut mengarahkan 40,000 penduduk dari 86 kampung dipindahkan ke kawasan selamat.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Kemboj mendakwa Thailand yang memulakan serangan.
Jelas kementerian itu, tentera Kemboja hanya melancarkan serangan balas selepas mereka diserang dan bertujuan mempertahankan diri.
Bekas perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata, tentera Thailand mengebom dua kawasan di sempadan iaitu Oddar Meanchey dan Preah Vihear.
7-11 in Thailand hit by Cambodian rockets pic.twitter.com/jid1pd3Aay
— @ (@anthraxxxx) July 24, 2025
Katanya, pihak tentera tiada pilihan selain membalas serangan itu tetapi meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat pembelian panik.
"Sila teruskan kehidupan seperti biasa kecuali di kawasan sempadan," katanya.
Kedutaaan Thailand di Kemboja berkata, situasi di sempadan semakin meruncing dan berkemungkinan akan berlaku pertempuran yang lebih lama.
Malah pihak kedutaan meminta rakyatnya meninggalkan Kemboja secepat mungkin.
Selepas pengumuman itu, tentera Thailand mengerahkan pesawat F-16 untuk menyertai pertempuran di sempadan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram