[VIDEO] Cuba lari ke bukit tapi gagal, 10 anggota bomba Turkiye maut terperangkap kebakaran


  • Benua
  • Khamis, 24 Jul 2025

Pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus sejak Selasa mengawal kebakaran hutan yang melanda daerah Seyitgazi.

SERAMAI 10 anggota bomba terkorban dan 14 lagi cedera apabila terperangkap ketika memadamkan kebakaran hutan di wilayah tengah Turkiye, Eskisehir pada Rabu.

Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli dalam kenyataan di X berkata, pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus sejak Selasa mengawal kebakaran hutan yang melanda daerah Seyitgazi.

Yumakli berkata, seramai 24 anggota bomba terperangkap dalam kebakaran apabila angin tiba-tiba berubah arah, menyebabkan api marak ke arah mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan tersadung objek, rupanya wartawan terpijak mayat ketika buat liputan kehilangan wanita

BACA LAGI: [VIDEO] Ditegur jarang masuk kelas, guru mengamuk tumbuk cermin dalam kelas

Kesemua mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun 10 disahkan meninggal dunia.

14 lagi mangsa masih menerima rawatan.

 

Anggota bomba, Ercan Temel yang menyaksikan kejadian itu kepada Agensi Berita Ihlas, anggota cuba melarikan diri dengan berlari ke atas bukit, tetapi gagal.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc berkata, pihak pendakwa raya sudah melancarkan siasatan undang-undang berhubung insiden tersebut.

Tambah Yumakli, tujuh kebakaran hutan masih aktif di lima wilayah tengah dan barat Turkiye setakat Rabu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram