Wanita cabut nyawa mentua sendiri guna resipi cef terkenal Australia


  • Benua
  • Rabu, 09 Jul 2025

Patterson (baju merah) didapati bersalah membunuh tiga orang menggunakan cendawan beracun. — Agensi

CEF terkenal Australia tidak menyangka resipinya digunakan oleh seorang wanita untuk membunuh tiga orang.

Tertuduh, Erin Patterson didapati bersalah kerana membunuh ibu bapa suaminya dan ibu saudaranya pada 2023 dengan menghidangkan cendawan beracun.

Wanita itu mencampurkan cendawan beracun itu dalam resipi cef Nagi Maehashi yang merupakan penulis buku resipi terbaik di Australia.

BACA LAGI: [VIDEO] Langgar lampu isyarat ketika raptai di Singapura, kereta kebal alami masalah teknikal — Kementerian Pertahanan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Cuma nak sambung kehidupan kami', jual roti canai murah, baiknya hati suami isteri korban lemas sekeluarga Sungai Korok

Maehashi berkata, resipi masakan lembu Wellington kini terpalit dengan tragedi.

"Sudah tentu saya kesal apabila mengetahui satu daripada resipi saya yang telah lama saya usahakan dengan tujuan mencipta kegembiraan, terpalit dengan situasi tragik itu," katanya merujuk kepada kes pembunuhan itu.

Makanan yang dicampur cendawan beracun dimasak oleh Patterson untuk membunuh tiga orang termasuk mentuanya sendiri. — Agensi

Dalam perbicaraan yang berlangsung lebih dua bulan, Patterson mendakwa dia tidak sengaja mencampurkan hidangan itu dengan cendawan beracun tersebut.

Namun 12 juri yang mengadili kes itu, mendapati wanita berusia 50 tahun itu bersalah atas kesalahan melakukan tiga pembunuhan,jenayah yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Tertuduh juga didapati bersalah cuba membunuh seorang lagi tetamu yang terselamat dalam kejadian itu. — AFP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram