
JADUAL penerbangan di Lapangan Terbang Bergamo-Orio al Serio terpaksa ditangguh akibat insiden melibatkan kematian seorang lelaki.
Media Itali melaporkan, pengurusan lapangan terbang berkenaan telah mengesahkan operasi ditangguhkan pada pukul 10.20 pagi susulan masalah yang berlaku di laluan pesawat.
Insiden berkenaan juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.
BACA LAGI: Konflik Asia Barat: Beberapa penerbangan Timur Tengah batal — Anthony Loke
Media tempatan melaporkan, lelaki terbabit sama ada kakitangan di lapangan terbang atau penumpang pesawat telah melepasi pemeriksaan keselamatan dan berlari ke arah pesawat yang sedang bergerak.
Agensi berita nasional Itali memberitahu, lelaki itu pantas berlari melintasi laluan tar sebelum 'disedut' enjin pesawat Airbus A319 yang dikendalikan syarikat penerbangan bajet, Volotea.
Mangsa yang disedut ke dalam enjin pesawat dilaporkan sedang cuba mengajar kapal terbangnya yang hampir berlepas. — Agensi
Pesawat berkenaan dijadualkan terbang ke Asturias, Sepanyol dan selesai proses kemasukan penumpang ketika kejadian itu berlaku.
Walaupun notis kejadian belum dapat disahkan, beberapa laporan menjangka lelaki berkenaan dengan sengaja bertindak sedemikian.
Menerusi kenyataan yang di media sosial, Volotea memaklumkan: "Kami sedang menyiasat kejadian melibatkan penerbangan V73511 BGY-OVD, yang berlaku selepas penumpang selesai masuk ke pesawat dan bersedia untuk terbang.
"Kami sedia maklum seorang individu telah mengalami kecederaan serius melibatkan enjin pesawat. Maklumat lanjut akan dikongsi kemudian."
Lapangan terbang berkenaan adalah yang ketiga paling sibuk di Itali ditutup selama dua jam susulan kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca sebenar dan kemungkinan ada pelanggaran prosedur keselamatan yang menyebabkan berlakunya kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram