
SUSULAN pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang berkuat kuasa bermula Selasa lalu, kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan bil elektrik melambung tinggi terus disuarakan.
Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa pelarasan kadar berkenaan bertujuan menawarkan caj lebih adil dan progresif, ramai pengguna masih ragu-ragu dan mencari langkah penjimatan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Ezairol Rezan Zainol, tampil berkongsi tip berguna yang didakwanya mampu membantu mengurangkan bil elektrik bulanan secara ketara, khususnya berkaitan penggunaan penyaman udara atau aircond.
BACA LAGI : Hantaran ‘misteri’ Zii Jia cetus tanda tanya, ada kaitan tanda-tanda kemurungan
BACA LAGI : [VIDEO] Di sebalik tragedi Juliana Marins, pendaki wanita Malaysia rupanya turut membantu misi SAR guna dron
Menerusi hantaran di Facebook, Ezairol menyarankan agar penggunaan penyaman udara dihadkan selepas pukul 10 malam, selaras dengan kadar tarif lebih rendah di luar waktu puncak yang ditetapkan antara 10 malam hingga 2 petang.
"Setkan suhu pada 24 darjah Celsius dan buka sekali kipas. Kipas membantu mengedarkan udara sejuk dengan lebih efisien, sekali gus membolehkan suhu aircond dilaras lebih tinggi, sekitar 24 hingga 26 darjah Celsius," katanya.
Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang berkuat kuasa pada 1 Julai menawarkan caj lebih adil dan progresif pada pengguna.
Mohd Ezairol turut menjelaskan bahawa penggunaan kipas dan penyaman udara secara serentak bukan sahaja menjimatkan, malah telah diamalkan lebih 10 tahun dalam kediamannya.
"Setiap malam, saya guna tiga unit aircond , tapi bil elektrik rumah biasanya bawah RM180. Kalau ada saudara-mara datang baru naik sikit.
"Ramai gelakkan cara ini, tapi sebenarnya ia amat berkesan," katanya.
Tambahnya lagi, tip berkenaan bukanlah ciptaan sendiri, sebaliknya saranan rasmi yang pernah dikongsikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Menurut Ezairol, penggunaan penyaman udara tanpa kawalan pada waktu siang dikenal pasti antara penyumbang utama kepada lonjakan bil elektrik.
"Tak percaya? Cuba amal sebulan dan tengok hasilnya. Semoga bermanfaat," katanya.
Perkongsian Mohd Ezairol turut dikongsikan beberapa warga maya di laman Facebok dan ada kalangan netizen yang bersetuju dengan tip penjimatan elektriknya itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram