
IRAN dilaporkan sempat memindahkan bahan penting dari tiga fasiliti nuklear yang menjadi sasaran serangan bom Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita IRNA memetik kenyataan pejabat Gabenor Wilayah Qom, berkata, sebahagian kawasan tapak nuklear Fordo menjadi sasaran serangan udara musuh.
Pihak keselamatan wilayah Isfahan juga mengesahkan serangan di wilayah itu dan Natanz.
BACA LAGI: AS akhirnya masuk 'gelanggang', hantar pesawat B-2 letupkan fasiliti nuklear Iran
BACA LAGI: [VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden AS, Donald Trump mendakwa berjaya melancarkan serangan terhadap tiga tapak nuklear Iran pada Ahad.
Bagaimanapun tahap kemusnahan fasiliti berkenaan menjadi persoalan sama ada ia benar-benar dimusnahkan sepenuhnya seperti yang didakwa Trump.
Beberapa imej satelit tersebar di media sosial menunjukkan deretan trak di Fordo, dipercayai diambil sebelum serangan AS dilancarkan, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada serangan itu sudah diketahui lebih awal oleh Iran.
Iran was expecting American/Israeli attacks on their Nuclear Facilities. Satellite imaginary shows Heavy machinery and truck movement the week before today's attack.
Donald has hit empty Bunkers? https://t.co/45X8wRbYIN pic.twitter.com/DmCttVQ7X5
— Mihir Jha (@MihirkJha) June 22, 2025
Susulan serangan itu juga, Teheran dilaporkan sedia melancarkan tindakan balas terhadap AS.
Tutup Selat Hormuz
Antara langkah sudah diambil Iran termasuk penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan penting minyak global.
Iran juga mungkin mengerahkan armada kapal penyerang ke laluan itu selain meletakkan ribuan periuk api di laut berkenaan.
Selat Hormuz merupakan laluan penting minyak dunia.
Armada ke-5 AS yang kini ditempatkan di Bahrain dijangka dikerah untuk membuka semula selat itu tetapi sebarang pertempuran tetap akan menjejaskan pelayaran kapal dagang dan menggusarkan pelabur selain menyebabkan harga minyak global naik.
Serang pangkalan AS, sekutu
AS mempunyai ribuan tentera yang ditempatkan di Asia Barat termasuk di pangkalan kekal di Kuwait, Bahrain, Qatar dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).
Kedudukan strategik ini membolehkan AS melancarkan serangan ke atas Iran selain melindungi kepentingan sekutu kuatnya, Israel.
Pangkalan tentera AS di Asia Barat bakal menjadi sasaran Iran. — Agensi
Tetapi Iran masih mampu memberi ancaman untuk menyerang pangkalan tersebut selain memusnahkan fasiliti minyak dan gas di negara sekutu AS.
Minta bantuan sekutu
Iran memiliki banyak sekutu termasuk rangkaian militan di Asia Barat terutamanya di Lebanon, Syria, Palestin dan Yemen.
Walaupun sekutunya di Gaza dan Lebonan iaitu Hamas dan Hezbollah dilaporkan hampir lumpuh akibat operasi ketenteraan Israel sejak 2023, Iran masih mempunyai sokongan Houthi di Yemen yang sentiasa bersedia menyerang AS jika memasuki Laut Merah.
Houthi memiliki keupayaan menyerang kapal yang berlayar di Laut Merah. — Agensi
Malah Houthi juga memiliki rangkaian ketenteraan di Iraq serta mempunyai keupayaan serangan dron dan misil yang boleh menjadikan tentera AS sebagai sasaran.
Serangan nuklear
Walaupun Iran masih diragui memiliki senjata nuklear tetapi serangan terbaharu AS hanya membuka jalan kepada Teheran untuk mencari alasan memiliki senjata itu bagi tujuan mempertahankan diri.
Malah pakar geopolitik dunia juga sebelum ini memberi amaran bahawa serangan AS dan Israel hanya mampu menangguhkan keupayaan Iran membina senjata nuklear, bukannya menghapuskan ancaman tersebut secara kekal.
Ini kerana Iran menggerakkan program nuklearnya itu di seluruh negara, termasuk di fasiliti bawah tanah yang menyukarkan pihak musuh mengesannya.
Iran juga berulang kali menjelaskan program nuklearnya bagi tujuan keamanan tetapi AS dan Israel menuduh Teheran mahu membina senjata nuklear dengan program pengayaan uranium. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram