[VIDEO] Demi populariti, pelancong cari nahas ambil video saat Gunung Etna meletus


  • Benua
  • Selasa, 03 Jun 2025

Tangkap layar menunjukkan segelintir pelancong yang masih memilih untuk berhenti dan merakam gambar kejadian tersebut. — Agensi

SATU rakaman mengejutkan memaparkan detik cemas apabila para pelancong terpaksa berlari menyelamatkan diri selepas Gunung Etna di Itali memuntahkan debu setinggi lebih 6.5 kilometer pada pagi Selasa.

Dalam video yang kini tular di laman X, para pelancong yang sedang mengunjungi gunung berapi di Pulau Sicily dilihat ketakutan dan bergegas melarikan diri apabila awan debu besar meletup dari kawah.

Walaupun situasi amat berbahaya terdapat segelintir pelancong masih memilih untuk berhenti dan merakam gambar kejadian tersebut.

BACA LAGI: Tekad tamatkan penantian 10 tahun, Cklamovski berkobar-kobar bertemu Vietnam

BACA LAGI: Hampir 70,000 ternakan dibekalkan untuk ibadah korban sempena Aidiladha — KPKM

Sikap itu menunjukkan keinginan mereka untuk merekod detik luar biasa itu walaupun risiko keselamatan yang jelas mengancam.

Walaupun niat untuk merakam detik bersejarah itu boleh difahami, pelancong seharusnya mengutamakan keselamatan diri dan orang sekeliling.

Dalam keadaan bencana alam seperti letusan gunung berapi, kelakuan untuk menjauhkan diri dari bahaya adalah penting demi memastikan nyawa tidak terancam.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian itu belum dapat dipastikan sepenuhnya, namun ia dipercayai berpunca daripada runtuhan struktur di dalam gunung berapi.

Menurut pihak berkuasa, sebahagian kawah di bahagian Tenggara gunung berapi terkenal itu dipercayai runtuh sejurus selepas pukul 11 pagi waktu tempatan, mencetuskan aliran batuan cair yang meluncur deras menuruni cerun gunung berapi setinggi 3,300 meter tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram