
SEORANG pempengaruh wanita, Sana Yousaf ditembak mati di rumahnya di Islamabad, Pakistan selepas menolak lamaran persahabatan seorang lelaki secara berulang kali.
Tragedi itu turut disaksikan oleh ibu dan ibu saudara mangsa sehingga meninggalkan trauma dengan peristiwa berdarah itu.
Berikut adalah lima fakta penting tentang Sana Yousaf yang perlu diketahui:
BACA LAGI: Sudah diet, bersenaman tapi perut masih buncit? Ketahui 9 punca 'belly fat' ramai terlepas pandang
@queen_angel_526 #sanayousaf #sanayousaf #sanayousaf #kematian #kematian #mati #mati #viral # #sanayousaf ## #untuklamananda ## #untuklamananda #viral #viral # #sanayousaf # #viral # #viral bunyi asal - s ᴀ ᴊ ɪ ᴅ
1. Remaja berani perjuang hak wanita, tradisi Chitrali
Sana bukan sekadar pempengaruh biasa tetapi dia sudah menjadi suara penting memperjuangkan hak wanita, pendidikan dan tradisi masyarakat Chitrali iaitu satu komuniti kecil di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.
Pada usia masih muda, beliau menyampaikan mesej positif dan kesedaran kepada ramai menerusi media sosial.
2. Miliki lebih 500,000 pengikut
Sana memiliki pengaruh besar dengan lebih setengah juta pengikut di Instagram.
Rata-rata pengikutnya tertarik dengan caranya menyampaikan isu sosial dan budaya secara berani dan inspiratif.
3. Dibesarkan keluarga aktivis sosial
Pempengaruh cantik ini dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapanya aktif melakukan kerja sosial.
Ayahnya seorang aktivis masyarakat yang menyokong penuh perjuangan anaknya.
4. Baru raikan ulang tahun ke-17
Tragisnya, pembunuhan berlaku hanya beberapa hari selepas Sana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17.
Dalam hantaran Instagram terakhir, beliau dilihat gembira memotong kek bersama rakan-rakan, tanpa menyangka ia adalah memori terakhir menyambut ulang tahun.
5. Mangsa lelaki obses, tolak lamaran
Suspek, Umar Hayat, 22, berasal dari Faisalabad sudah lama cuba mendekati Sana.
Umar ditolak berulang kali, namun tidak dapat menerima penolakan tersebut.
Pada hari kejadian, Umar dikatakan merayau di sekitar rumah Sana sebelum memecah masuk dengan membawa senjata berupa pistol.
Dia melepaskan dua das tembakan tepat ke dada Sana sehingga menyebabkan remaja itu rebah dan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.
Polis menemui semula telefon bimbit mangsa yang dicuri oleh suspek untuk menghapuskan bukti perbualan mereka.
Suspek berjaya diberkas pada hari yang sama dengan senjata pembunuhan dirampas.
Ketua Polis Islamabad, Syed Ali Nasir Rizvi, menyifatkan Umar sebagai 'raksasa berdarah sejuk' iaitu yang melakukan pembunuhan tanpa rasa bersalah.
Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi turut mengesahkan penahanan suspek dan memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan sepenuhnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram