Anak Lampung tak bernyawa disumbat dalam guni, suspek silap langkah bawa mayat guna motosikal mangsa


  • Benua
  • Ahad, 27 Apr 2025

Tangkap layar CCTV memaparkan Nana yang membonceng sebuah motosikal membawa sebuah karung guni yang ada kesan darah mangsa. — Agensi

IDENTITI mayat seorang lelaki yang ditemui mati dibungkus dalam guni di tepi Jalan Daan Mogot dekat Batuceper, Tangerang, Indonesia pada 22 April lalu, dikenal pasti sebagai Al Bashar

Mangsa yang berusia 33 tahun berasal dari daerah Lampung Selatan.

Ketua Dusun Sugi Waras, Mardiono, mengesahkan mangsa adalah penduduk dari Desa Suka Banjar, Sidomulyo. 

BACA LAGI : Bukit Aman kesan geng samseng rekrut ahli guna media sosial

BACA LAGI : Pelanggan pisang goreng cemas, lelaki maut ditikam suspek disyaki sakit mental depan bank di Shah Alam

Menurutnya, keluarga mangsa menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut melalui pihak polis. 

"Memang betul, itu warga kampung kami. 

"Kami mendapat maklumat daripada Polsek Sidomulyo," jelas Mardiono ketika dihubungi pada Sabtu.

Mardiono turut memaklumkan keluarga mangsa terus berangkat ke Tangerang pada 23 April untuk mengenal pasti mayat tersebut. 

Setelah tiba di Hospital Tangerang, keluarga mangsa mengenali Al Bashar berdasarkan ciri-ciri khas pada tubuh dan pakaiannya.

Hasil autopsi di Hospital Tangerang juga mendapati ada kesan tanda-tanda kecederaan yang menggunakan benda tumpul serta tajam pada tangan, jari, dan dahi kiri mangsa. 

Terdapat juga luka terbuka di kepala dan rahang mangsa.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Nana, yang merupakan rakan sekerja mangsa. 

Ketua Polis Metro Jaya, Abdul Rahim berkata,  Nana ditangkap pada 23 April sekitar pukul 4 petang di kawasan Panunggangan Utara, Pinang, Kota Tangerang.

Abdul Rahim menjelaskan bahawa motif pembunuhan itu adalah kerana Nana merasa terhina selepas perbualan dengan mangsa. 

Nana yang sedang menghadapi masalah kewangan bertindak membunuh Al Bashar dan suspek juga dilaporkan mencuri motosikal mangsa yang diletakkan di kawasan parkir Hera Bordir.

Menurut Abdul Rahim, mangsa yang baru sahaja merantau ke Tangerang pada 18 April lalu untuk bekerja sebelum dia dibunuh dengan kejam pada 22 April.

Terdahulu, media tempatan melaporkan suspek berjaya ditahan selepas polis berjaya mengesan satu rakaman kamaera litar tertutup (CCTV) memaparkan Nana yang membonceng sebuah motosikal di sebuah jalan raya berdekatan dengan lokasi kejadian.

Rakaman CCTV itu turut memaparkan Nana yang membonceng sebuah motosikal membawa sebuah karung guni yang ada kesan darah mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram