[VIDEO] Bapa meninggal dalam tidur, nasib remaja 13 tahun urus sendiri pengebumian jenazah raih simpati jiran di Bandung


  • Benua
  • Khamis, 24 Apr 2025

Seorang remaja menguruskan bapanya yang memiliki sakit kronik sehingga meninggal dunia di Kampung Cikandang, Desa Cileunyi Wetan, Kabupaten Bandung, Indonesia, pada Ahad lepas.

REMAJA lelaki berusia 13 tahun terpaksa menguruskan jenazah bapanya seorang diri selepas lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika sedang tidur di sampingnya di sebuah rumah sewa di Kampung Cikandang, Desa Cileunyi Wetan, Kabupaten Bandung, Indonesia, pada Ahad lalu

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial selepas rakaman video dimuat naik menerusi akaun TikTok @thisis2425 sehingga mencetuskan rasa sebak buat warganet.

Dalam video tersebut, remaja berkenaan dilihat menangis sambil memegang telefon bimbit, dipercayai cuba menghubungi seseorang ketika berada di hadapan rumah sewanya.

BACA LAGI:  '9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil

BACA LAGI:  Tangas moden 'rahsia' sihat Tyra semasa hamil, tempoh berpantang, mudah disediakan 15 minit saja!

@thisis2425 sudah clear keluarga dan sodara Raka akhirnya berkumpul, "STOP SU'UDZON KE PIHAK KELUARGA ATAU SAUDARA RAKA YA, KARENA MUNGKIN ADA ALASAN KENAPA MEREKA TIDAK BERSAMA, DENGAN RAKAPUN KETEMU SUDAH BESAR DAN KELUARGA SUDAH TINGGAL BERJAUHAN DAN KARENA PERNAH BERPADA IALAH" didaerah dipatiukur Bandung, terus pindah ke RW. 21 Cileunyi Wetan, kakek Raka bernama Bapak H. Nasrullah Limbangan cilolongokan sawa bera, wargina anu kenal atas nami asep setia permana, mungkin almarhum ada salah dan khilaf ke sodara mohon dimaafkan. Kronologi singkat anak dan ayah ini hanya tinggal berdua di kontrakan dekat rumah saya, hidup selama ini dari udunan/gotong royong warga sekitar dan keluarga saya. Kenal dengan sodara saya dirumah sakit kerana almarhum mengidap penyakit kronis, anaknya bingung ketika ditanya mau pulang ke rumah, kerana sodara/keluarga tidak ada yang boleh dihubungi atau membantu dan merawat almarhum. Barang siapa yang butuh info atau mengenal tentang anak ini dan almarhum ayahnya boleh inbox langsung kesaya atau whatsapp ke 087722113636@infocileunyi @infobandungkota #infokabupatenbandung #infojabar suara asli - 2425

Difahamkan, remaja tersebut hanya tinggal berdua bersama bapanya yang menghidapi penyakit paru-paru kronik. 

Mereka baru seminggu berpindah ke kawasan berkenaan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan jiran bagi memenuhi keperluan harian.

Tersentuh dengan situasi yang dialami remaja itu, penduduk segera membantu untuk sama-sama menguruskan jenazah bapanya termasuk memandikan dan solat jenazah.

Wakil penduduk, Eka berkata, arwah merupakan pekerja di sebuah syarikat bas swasta dan sedang menjalani rawatan tumor paru-paru di beberapa hospital termasuk Hospital AMC Cileunyi dan Hospital Paru-paru Cimbuleuit, Kota Bandung.

Keluarga arwah dilaporkan tiba sekitar pukul 8 malam Ahad dan bersetuju untuk mengebumikan jenazah pada Isnin di Kampung Sindangsari RW 21.

Selepas pengebumian selesai, remaja tersebut tinggal bersama ibunya di Kecamatan Cikancung, namun keluarga memilih untuk tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut kepada media. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram