
MAHKAMAH Tinggi Tawau dimaklumkan bahawa kes bunuh membabitkan pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan kembali ke bilik asramanya selepas kejadian dikasari di bilik asrama pada Mac 2024.
Memetik laporan Astro Awani, tertuduh ke-13 turut mengikut mangsa kembali ke bilik asrama mereka.
Katanya, mangsa dalam keadaan baik selepas ditolak dan ditampar.
BACA LAGI: Pegawai forensik dedah temui kesan darah ditemui di 3 dorm asrama Kolej Vokasional Lahad Datu
Muhd Nazmie (gambar kecil) ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu pada 22 Mac 2024. — PDRM
Tertuduh itu juga memberitahu bahawa sempat menasihati mangsa dan bertanya punca tindakan mencuri wang sebanyak RM85.
Namun, mangsa hanya diam sambil bermain telefon pintar sebelum berlalu pergi dengan alasan mahu mandi.
Saksi pembelaan ke-15 itu yang juga merupakan rakan rapat mangsa membantu mengambil tuala mandinya dan ke bilik asrama lain untuk bermain permainan dan makan mi segera.
Dalam perbicaraan pada Selasa, dia juga memberitahu bahawa ada menampar mangsa sebanyak sekali di bahagian belakang tetapi tidak kuat.
Katanya, suspek lain diarah oleh seorang guru dikenali 'Cikgu Firdaus' menulis pengakuan di atas kertas A4 iaitu memukul mangsa, sebelum guru berkenaan menyerahkan kertas A4 itu kepada pihak polis.
Pada 28 Februari lalu, Hakim Datuk Duncan Sikodol memerintahkan seramai 13 remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie, 17, atau Ijat di Kolej Vokasional Lahad Datu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram