Ditarik rambut, ditendang, 2 wanita dipukul teruk pengawal keselamatan di tempat awam didakwa curi sayur


  • Benua
  • Selasa, 15 Apr 2025

Pengawal keselamatan bertindak memukul wanita selepas dipercayai mencuri jualan sayuran di sebuah pasar dekat Surat, India.

DUA wanita peniaga sayur di Surat, India diserang dengan kejam oleh dua orang pengawal keselamatan berhubung dakwaan mencuri sayur-sayuran di perkarangan Jawatankuasa Pasar Hasil Pertanian Surat (Pasar Sardar).

Video serangan yang menjadi tular itu, menunjukkan pengawal bertindak menarik rambut wanita berusia 30 tahun dan anak perempuannya yang masih remaja dan menendang mereka dengan kejam.

Polis Puna memfailkan aduan terhadap kedua-dua pengawal keselamatan dan menahan mereka selepas video itu menjadi tular.

BACA LAGI: Sambil masak sambil nasihat, gelagat Che Semah di dapur cuit hati 'followers' Betty

BACA LAGI: Bekas keeper kebangsaan akui hamil usia 35 tahun mencabar, pantang 90 hari bantu pulih organ reproduktif

Video yang tular di media sosial memaparkan dua beranak tersebut diperlakukan kejam oleh pengawal keselamatan di pasar terlibat.

Wanita di dalam video itu kemudiannya dikenali sebagai Soni Chauhan, 30, yang menjual sayur-sayuran di Varachha. Pengawal keselamatan yang tertuduh pula dikenali sebagai Anil Tiwari dan Adityasingh Rajeshsingh.

Timbalan pesuruhjaya polis (Zon 1) Alok Kumar berkata, "Serangan dalam video tular itu berlaku pada 6 April, Ahad, apabila wanita itu, suami dan anak perempuannya memasuki pasar untuk mencuri sayur-sayuran. Pertengkaran berlaku antara mereka dan pengawal. Pengawal keselamatan kemudian memukul wanita seperti yang ditunjukkan dalam video. Kedua-dua pengawal didakwa diserang oleh suami wanita itu. Kami akan bertindak terhadap kedua-duanya kerana mereka mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri."

Menurut aduan yang difailkan Soni Chauhan pada Khamis, dia pergi ke Pasar Sardar pada petang Ahad bersama suaminya, untuk mendapatkan sayur selain bertemu anak perempuannya, Anjali dan saudara-mara lain di sana.

Selepas mengumpul sayur-sayuran, dia menunggu berhampiran kedai sebelum Tiwari dan Adityasingh datang dan mengugut agar mengikut mereka pergi atau dia dan suami akan dibunuh. Tiwari juga menampar Chandresh beberapa kali.

Tiwari kemudiannya memukul kepala Chauhan dengan kayu hingga menyebabkan kecederaan. Adityasingh mula memukul Anjali, yang cuba untuk menyelamatkan ibunya. Kedua -dua pengawal itu kemudiannya menarik rambut dan mengheret Wanita itu kepasar. Mereka juga menendang mereka berulang kali.

Ketika seseorang menghubungi polis, mereka tiba dan membawa semua yang terlibat ke balai polis. Selepas video itu menjadi tular pada khamis, polis Puna menahan kedua-dua pengawal itu. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram