[VIDEO] Pak guard syak ada sesuatu dalam beg, cubaan 'seludup' siswi ke asrama lelaki gagal


  • Benua
  • Ahad, 13 Apr 2025

Pelajar lelaki terbabit cuba menyeludup masuk teman wanitanya ke asrama lelaki dengan menyembunyikannya di dalam bagasi. — Agensi

CUBAAN seorang pelajar di sebuah universiti di India untuk membawa masuk seorang wanita ke asrama lelaki dengan menyembunyikannya di dalam bagasi gagal selepas tindakannya itu dihidu oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Insiden pelik itu berlaku di Universiti Global OP Jindal di Haryana, India dengan video mengenainya turut tular di media sosial sejak Sabtu.

Menerusi klip terbabit, seorang pengawal wanita dilihat terkejut selepas melihat seorang wanita berada di dalam bagasi yang ingin diperiksanya.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Tidak dapat dipastikan bagaimana pengawal asrama atau pihak berkuasa universiti mengetahui mengenai taktik pelajar terbabit yang menyembunyikan teman wanitanya di dalam bagasi terbabit.

Susulan daripada kejadian itu, pihak universiti menyifatkan kejadian itu bukan sesuatu isu besar sebaliknya menganggap pelajar lelaki itu itu sebagai 'nakal'.

Pada masa sama, tidak dapat dipastikan sama ada pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram