'Dijual' bapa saudara, wanita diusir keluarga ketika pulang ke kampung lepas 15 tahun terpisah


  • Tular
  • Khamis, 10 Apr 2025

Roxy yang pulang ke rumah keluarganya selepas 15 tahun terpisah telah diusir kerana malu dengan cakap-cakap orang sekeliling.

BAYANGKAN dikhianati oleh keluarga sendiri dan dipaksa menjalani kehidupan penuh penderitaan pada usia 16 tahun.

Itulah kenyataan pahit terpaksa dilalui oleh seorang wanita disapa sebagai Roxy selepas dianiaya bapa saudaranya sendiri dengan menjadikanya mangsa pemerdagangan manusia.

Kisah hidupnya baru-baru ini tular di Instagram dengan meraih lebih 10 juta tontonan, sekali gus membuka mata ramai pihak mengenai keperitan dihadapi.

BACA LAGI: Fenomena 'thank you kateyki', rupanya ada kisah di sebalik istilah manja cetusan Aon Samrutai

BACA LAGI: Memasak dalam busana mewah, Nara Aziz 'ubah' dapur jadi pentas fesyen

 

 

Dibuang jauh daripada keluarganya, beliau terpaksa menempuh kehidupan penuh cabaran dan kesukaran.

Dalam tempoh 15 tahun terpisah, hatinya dipenuhi rindu dan luka mendalam, akhirnya hasrat kembali ke kampung jadi kenyataan.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pempengaruh, Anish Bhagat, ia memaparkan usaha wanita berkenaan kembali berhubung dengan keluarganya setelah sekian lama.

Dalam video tersebut, beliau dilihat membeli hadiah sari untuk ibunya dan jam tangan buat abang.

Dalam perjalanan menuju ke rumah, Roxy turut berkongsi bahawa ayahnya telah meninggal dunia.

Dengan penuh harapan, beliau akhirnya sampai di kampung halaman. Namun, sambutan diterima sangat mengecewakan selepas keluarga enggan menerima kedatangannya.

"Inilah yang selalu berlaku kepada kami (rakan senasib)" ujarnya ringkas sambil menangis.

Namun begitu, wanita itu turut menulis sepucuk surat dan meninggalkan hadiah yang dibeli di hadapan pintu rumah keluarganya.

"Ini adalah momen paling menyakitkan untuk saya saksikan. Setelah 15 tahun terpisah, kembali ke rumah dengan harapan untuk diterima.

"Namun, apa yang diterima hanyalah penolakan dan ketakutan keluarga terhadap pandangan masyarakat," tulis Anish.