
DALAM suasana meriah sambutan hari raya, seorang wanita dikenali sebagai Dede Ruyanti bersama bayi lelaki berusia empat bulan melalui detik paling memilukan apabila ditinggalkan suaminya di sebuah masjid ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
Menurut laporan TribunNews, kejadian menyayat hati itu berlaku di Masjid Kaum Ciawi, Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia, dan telah menarik perhatian ramai selepas tular di media sosial.
Apa lebih mengejutkan, tindakan tersebut dipercayai dilakukan secara sengaja oleh si suami, Ade Candra Gunawan, tanpa sebarang penjelasan atau pesanan kepada isteri ataupun ahli keluarga.
BACA LAGI: Semarakkan bola sepak wanita, Selangor FC pertama kali tubuh 2 pasukan bagi WSL 2025
BACA LAGI: 5 trend reka bentuk dan seni bina masa hadapan, sarat elemen emosi, mesra alam
Pada awalnya, Dede menyangka mungkin suaminya ‘terlupa’ mereka di masjid, tetapi sangkaannya meleset apabila siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa Ade memang dengan sengaja meninggalkan Dede dan anak mereka.
Difahamkan, selepas kejadian itu, Dede dan bayinya dibawa pulang ke rumah keluarga suaminya. Namun malangnya, si suami dikatakan enggan menerima kehadiran mereka dan tidak menunjukkan sebarang tanggungjawab.
Siasatan turut mendapati bahawa Dede merupakan isteri kedua Ade, hasil daripada perkahwinan secara rahsia.
Isteri pertama Ade bersama empat orang anaknya kini menetap di Pangalengan, Kabupaten Bandung.
Lebih menyedihkan, Dede kemudiannya diusir keluar dari rumah apabila ibu mentuanya tidak dapat menerima kehadiran menantu kedua dalam keluarga.
Disebabkan tekanan tersebut, Ade mengambil keputusan untuk meninggalkan Dede dan anak mereka begitu sahaja.
Kisah ini, walaupun berlaku di negara jiran, wajar dijadikan pengajaran buat semua. Wanita dan anak-anak tidak sewajarnya diperlakukan dengan kejam sebegitu rupa.
Jika perkahwinan tidak dapat diteruskan, berbincanglah secara beradab dan bertanggungjawab, bukan dengan meninggalkan mereka dalam keadaan yang amat menyedihkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram