
SEORANG jurutera perisian Ibtihal Aboussad mendapat pujian dari seluruh dunia selepas berani mendedahkan penglibatan syarikat teknologi gergasi, Microsoft dalam penindasan dan pembunuhan beramai-ramai dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Dalam satu acara rasmi Microsoft, wanita kelahiran Maghribi itu secara terbuka mempersoalkan Ketua Pegawai Eksekutif AI Microsoft, Mustafa Suleyman dengan melaungkan ayat, 'Berhenti guna AI untuk genosid!'.
Tindakan nekadnya bukan sahaja mencuri perhatian media antarabangsa, malah disambut dengan penuh rasa bangga oleh masyarakat global yang bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin.
BACA LAGI: Ibu berpantang sewaktu musim raya, nikmati juadah lebaran tanpa memudaratkan tubuh
BACA LAGI: Tangas moden 'rahsia' sihat Tyra semasa hamil, tempoh berpantang, mudah disediakan 15 minit saja!
Ibtehal Abu Saad, a Moroccan Harvard graduate and Microsoft engineer, took to the stage during the company's 50th anniversary celebration to confront Al CEO Mustafa Suleyman, accusing him and Microsoft of enabling Israel's genocide in Gaza.#IsraelKoyak #PrayForGaza pic.twitter.com/bF3KtCv5Qn
— addien90 (@addien90s) April 6, 2025
Dalam satu temu bual susulan, Aboussad menyatakan bahawa beliau tidak gentar akan risiko terhadap kerjayanya, sebaliknya lebih takut jika terus berdiam diri dan secara tidak langsung menyumbang kepada jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza.
Aboussad berkata, nilai kemanusiaan dan agama lebih tinggi daripada sebarang gaji lumayan.
Penunjuk perasaan Palestin dan rakyat biasa di seluruh dunia memberi tabik hormat kepada pekerja wanita itu atas pendiriannya.
"Seorang wanita tetapi umpama seribu lelaki," tulis pengguna media sosial.
"Siapa antara kita sanggup korbankan gaji lebih RM70,000 sebulan demi mempertahankan agama dan nilai kemanusiaan?," tulis individu lain.
“Beliau memilih untuk bersama kanak-kanak dan mangsa Gaza dan meninggalkan pekerjaan apabila ia bertentangan dengan prinsip kemanusiaan dan agama," kata warga maya.
Laporan turut mendakwa bahawa Microsoft bertindak menutup akaun rasmi jurutera itu selepas beliau membongkarkan penglibatan syarikat tersebut dalam menyokong rejim Israel.
Sokongan terhadap Aboussad bukan sahaja datang dari orang awam, malah kumpulan hak asasi manusia dan organisasi antarabangsa termasuk kumpulan Hamas turut memuji ketegasan dan keberanian beliau.
“Kami salut pekerja Maghribi, Ibti Abu al-Saad atas pendirian luar biasa beliau,” ujarnya.
Aboussad tidak gentar risiko terhadap kerjayanya sebagai jurutera selepas bersuara memperjuangkan Gaza.
Laporan The Guardian pada Januari lepas mendedahkan dokumen sulit berkaitan kerjasama rapat antara Microsoft dan tentera Israel (IOF).
Dilaporkan, IOF bergantung sepenuhnya kepada sokongan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Antara kandungannya, Microsoft dikatakan telah menandatangani perjanjian bernilai lebih RM47 juta (bersamaan AS$10 juta) untuk menyediakan perkhidmatan teknologi, sokongan teknikal dan simpanan data kepada pihak tentera Israel selepas 7 Oktober 2023.
Sementara itu, pusat penyelidikan Who Profits mengesahkan bahawa Microsoft telah lama terlibat secara aktif dalam menyokong rejim Israel melalui anak syarikat mereka di Israel termasuk menyediakan perkhidmatan kepada tentera dan kerajaan Israel.
Microsoft Israel juga merupakan salah satu daripada tiga pusat strategik utama syarikat tersebut di peringkat global.
Dalam dunia yang sering memilih diam demi selamat, tindakan Aboussad menjadi simbol kepada keberanian seorang individu melawan penindasan demi prinsip, agama dan kemanusiaan.
“Berdirilah di pihak yang benar, meskipun ia membawa padah,” kata seorang pengguna di laman X yang memberi penghormatan kepada keberanian jurutera wanita tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram