Pendaki Gunung Fuji dikenakan caj di semua laluan mulai musim panas


  • Benua
  • Isnin, 17 Mac 2025

Caj yang dikenakan di Gunung Fuji adalah sebagai langkah keselamatan yang diambil untuk para pendaki. — Gambar hiasan/Agensi

PENDAKI yang melalui mana-mana daripada empat laluan utama Gunung Fuji, Jepun akan dikenakan bayaran masuk sebanyak 4,000 yen (kira-kira RM120) mulai musim panas ini.

Caj itu dikenakan selepas rang undang-undang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Sebelum ini, kemasukan pelancong asing ke Jepun yang tinggi mencetuskan kebimbangan dan kesesakan di gunung tertinggi di negara itu. 

BACA LAGI: [VIDEO] Tanda krisis iklim? Gunung Fuji kali pertama tak 'berselimut' salji dalam tempoh 130 tahun

BACA LAGI: Lelaki pukul pelajar sampai berdarah dilucut jawatan sebagai mutawif

Wilayah Yamanashi, tempat terletaknya Gunung Fuji memperkenalkan caj masuk 2,000 yen (sekitar RM60) serta sumbangan pilihan bagi laluan pendakian paling popular gunung berapi iaitu di laluan Yoshida pada 2024.

Namun, had kemasukan harian dan tempahan dalam talian dilaksanakan bagi mengambil langkah keselamatan dan mengelakkan risiko pencemaran alam sekitar di cerun gunung.

Pada masa sama, yuran kemasukan ke Yoshida Trail akan digandakan untuk musim pendakian Julai hingga September 2025.

Manakala, bagi wilayah Shizuoka berhampiran kawasan tersebut turut mengenakan caj 4,000 yen untuk tiga laluannya yang sebelum ini percuma.

Seorang pegawai wilayah Shizuoka, Natsuko Sodeyama berkata, Gunung Fuji menjadi pilihan ramai kerana tiada gunung lain yang menarik di Jepun untuk didaki. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram