[VIDEO] Rekod paling lama cerun tandus, Gunung Fuji akhirnya diselimuti salji


  • Hobi
  • Rabu, 06 Nov 2024

Banyak gambar yang dikongsikan oleh orang ramai yang menunjukkan bahawa Gunung Fuji sudah mulai bersalji pada Rabu.

SALJI akhirnya turun di Gunung Fuji selepas mengalami tempoh paling lama dengan keadaan cerun tandus.

Perkara itu terdedah selepas banyak gambar yang dikongsikan oleh pihak berkuasa tempatan dan orang ramai di media sosial sejak Rabu.

Menerusi media sosial, banyak gambar-gambar yang diambil dari pelbagai lokasi di sekitar gunung Fuji yang mempamerkan keadaan lebih cerah pada pagi Rabu dengan lapisan salji yang menutupi puncaknya.

BACA LAGI: Dari hobi ke pendapatan, gadis Kedah popular di UiTM kerana bijak cipta ilustrasi guna elemen nusantara

BACA LAGI: [VIDEO] Tanda krisis iklim? Gunung Fuji kali pertama tak 'berselimut' salji dalam tempoh 130 tahun

“Ini adalah gambar Gunung Fuji yang diambil dari pejabat bandar pagi ini. Kami dapat melihat lapisan salji nipis di dekat puncaknya,” kata satu hantaran di laman X (dulu dikenali sebagai Twitter) Bandar Fuji, di wilayah Shizuoka, Jepun.

Ramai lagi penduduk di kawasan sekitar turut berkongsi gambar yang diambil sendiri untuk menunjukkan salji di gunung tertinggi di negara itu.

“Akhirnya, salji pertama! Gunung Fuji nampak cantik dengan salji,” kata satu hantaran dari sebuah rumah jagaan warga emas di Bandar Fuji.

Bagaimanapun, agensi cuaca negara masih belum lagi membuat pengumuman rekod baru bagi pembentukan salji terawal di puncak Gunung Fuji pada tahun ini, disebabkan keadaan awan tebal di dekat stesen pemantauan mereka.

Secara purata, salji kebiasaannya mulai terbentuk di Fuji bermula pada 2 Oktober dan pada tahun lepas ia dilaporkan muncul pada 5 Oktober.

Tahun ini mencatatkan salji turun paling lewat sejak mula direkod pada 1894, mengatasi rekod lama iaitu pada 26 Oktober yang pernah tercatat sebanyak dua kali iaitu pada 1955 dan 2016. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram