Diperdaya cinta Hari Valentine, gadis Florida hilang 2 minggu ditemukan mati dalam tong sampah


  • Benua
  • Isnin, 10 Mac 2025

Miranda Corsette ditemukan mati dalam keadaan tragis selepas dilaporkan hilang selama dua minggu.

SEORANG remaja perempuan dari Florida, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selama dua minggu ditemui mati dalam keadaan tragis selepas diseksa, dibunuh dan dikerat sebelum mayatnya dibuang ke dalam tong sampah baru-baru ini.

Mangsa, Miranda Corsette, 16, dipercayai mengenali seorang lelaki lebih tua melalui aplikasi media sosial sebelum bertemu dengannya pada Hari Valentine, 14 Februari lepas. 

Dia kali terakhir dilihat di kediaman lelaki tersebut keesokan harinya dan tidak pernah pulang sejak itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kesucian tempat ini benar-benar dirasai', lelaki Jerman sebak dapat jejak kaki di Madinah

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia kongsi kesedihan rakan baik gugur dalam serangan bom, tembakan di Sungai Golok

Siasatan polis mendedahkan bahawa suspek, Steven Gress, 35, bersama pasangannya, Michelle Brandes, 37, menahan Corsette secara paksa kerana mengesyaki dia mencuri sebentuk cincin milik mereka. 

Berdasarkan laporan afidavit yang didedahkan kepada umum pada Sabtu, Corsette telah diseksa secara berterusan selama lebih seminggu sebelum dibunuh.

“Mangsa dipukul berkali-kali dan akhirnya dibunuh dengan cara memasukkan bola biliard ke dalam mulutnya sebelum mukanya dibalut dengan plastik sehingga menyebabkan dia mati akibat sesak nafas,” menurut  laporan tersebut.

Polis mengesyaki Corsette dibunuh sekitar 20 hingga 24 Februari lepas. 

Mayatnya kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan untuk dipindahkan ke rumah lain sebelum dikerat dan dibuang ke dalam tong sampah.

Gress dan Brandes kini didakwa atas tuduhan membunuh pada peringkat pertama. 

Difahamkan, Gress telah pun ditahan sejak 5 Mac lepas atas kesalahan lain termasuk memiliki dadah dan mengancam Brandes dengan senjata.

Brandes pula yang pada awalnya melarikan diri, akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa pada Sabtu lalu dan kini turut berada dalam tahanan polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram