PEKERJA kilang maut dalam kejadian tragis selepas tubuhnya tersepit dan berputar ke dalam mesin penggulung wayar di sebuah kilang kitar semula logam yang terletak di Başyiğit Street, Turki.
Insiden yang berlaku pada 29 Ogos 2022 itu kembali tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik ke media sosial pada Jumaat.
Berdasarkan rakaman awal, mangsa, Cuma Togay, dilihat terjatuh ke dalam mesin selepas kakinya tersangkut.
BACA LAGI: Panik ada lintah di badan? Ikuti 3 langkah selamat dan efektif lepaskan diri daripada gigitan
Rakan-rakan sekerja yang berada di lokasi cuba memberikan bantuan, namun tidak sempat kerana tubuh mangsa sudah tersepit sepenuhnya di dalam mesin tersebut.
Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan lelaki yang berusia 27 tahun itu.
Namun, pemeriksaan pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram