
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memaklumkan sebanyak AS$20 juta (RM94 juta) lagi dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya diperoleh semula.
Dalam satu pengumuman pada 17 Januari lalu, jabatan itu berkata, bahawa jumlah terbaharu itu diperoleh semula berikutan usaha undang-undang yang berterusan melibatkan 43 tindakan rampasan sivil di AS yang menyaksikan lebih AS$1.7 bilion (RM7.65 bilion) aset kini dirampas.
“Seperti yang didakwa dalam aduan pelucuthakan sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion (RM20.25 bilion) dana milik 1MDB telah diseleweng pegawai tinggi 1MDB dan sekutu mereka, serta Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, melalui aktiviti jenayah melibatkan penggubahan wang haram antarabangsa dan penyelewengan," kata jabatan itu.
BACA LAGI : Hanya Lembaga Pengampunan boleh dedah minit perbincangan pengampunan Najib — Dr Zaliha
BACA LAGI : Kami hanya diberitahu pengurangan tempoh penjara Najib, bukan mengenai tahanan di rumah — Saifuddin Nasution
Menurut dokumen mahkamah, dana terbabit telah dicuci melalui institusi kewangan utama di AS, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg serta digunakan untuk merasuah pegawai dan membeli aset mewah seperti hartanah di New York dan London, seni mahal serta kapal layar mewah
Pada Jun tahun lepas, jabatan itu berkata, ia telah memperolehi kembali dan membantu memulangkan kira-kira AS$1.4bil (RM6.6bil) ke Malaysia.
Kedutaan AS berkata, jumlah terbabit mewakili ansuran keempat dana diperoleh daripada rampasan aset berkaitan syarikat pelaburan Malaysia yang terpalit dengan skandal kewangan berkenaan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dibicarakan kerana menyalahgunakan kira-kira RM2 bilion daripada 1MDB. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram