DATUK Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaya pada Jumaat bahawa beliau tidak tahu bagaimana kerabat diraja Arab Saudi memperoleh nombor akaun bank peribadinya untuk memindahkan jutaan dolar, yang didakwa sebagai sumbangan kewangan yang dijanjikan.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, ahli perniagaan buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, berkemungkinan berkongsi butiran tersebut dengan pihak Arab Saudi.
Najib, memberi ketrangan membela diri ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi mengenai akaun bank AmIslamic miliknya yang berakhir dengan nombor 694.
BACA LAGI : Hanya Lembaga Pengampunan boleh dedah minit perbincangan pengampunan Najib — Dr Zaliha
BACA LAGI : Kami hanya diberitahu pengurangan tempoh penjara Najib, bukan mengenai tahanan di rumah — Saifuddin Nasution
DPP Kamal Baharin: Bagaimana penghantar mengetahui nombor akaun anda?
Najib: Saya tidak pasti.
DPP Kamal Baharin: Adakah anda bertanya?
Najib: Saya tidak bertanya.
DPP Kamal Baharin: Ini akaun peribadi anda. Bagaimana orang lain tahu?
Najib: Saya tidak tahu. Mungkin Jho Low yang berkongsi.
Mahkamah Tinggi Putrajaya, memerintahkan Najib membela diri atas empat pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan gratifikasi RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Pada Khamis, Najib memberitahu mahkamah bahawa Almarhum Raja Abdullah telah berjanji untuk memberikan sokongan kewangan kepadanya semasa pertemuan peribadi pada tahun 2010.
Beliau berkata terdapat empat surat daripada kerabat diraja Arab, yang dikeluarkan antara 1 Februari 2011 hingga 1 Jun 2014, yang menjanjikan sumbangan sebanyak AS$100 juta, AS$375 juta, AS$800 juta, dan £50 juta.
Keempat-empat surat tersebut mengandungi alamat kediaman Najib di Jalan Langgak Duta dekat Taman Duta, Kuala Lumpur.
Pada 30 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Putrajaya, memerintahkan Najib membela diri atas empat pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan gratifikasi RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan diteruskan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Isnin depan. — The Star/ NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram