PIHAK berkuasa percaya letupan kereta Tesla Cybertruck yang meletup di luar Trump Hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu dipasang dengan sistem kawalan letupan dikawal pemandu kenderaan terbabit.
Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang yang telah diberi taklimat mengenai siasatan itu, insiden terbabit sedang disiasat sebagai kemungkinan tindakan daripada pengganas.
Ini kerana, pihak berkuasa percayai bunga api, tangki gas dan bahan api perkhemahan disambungkan kepada sistem letupan dikawal pemandu terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu 'bergusti' di jeti Semporna
BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM
Pada sidang media, Syerif Las Vegas, Kevin McMahill berkata, kebakaran kenderaan dilaporkan di hotel itu sejurus selepas 8:40 pagi.
"Terdapat seorang individu yang maut di dalam Tesla Cybertruck dan kita tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan pada masa ini," kata Kevin.
Tujuh mangsa lain mengalami kecederaan ringan akibat letupan itu.
Video yang dikongsi di media sosial memaparkan kereta terbabit terbakar dan diselubungi asap ketika proses pemadaman api cuba dilakukan.
Pemangku ejen khas Bira Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertanggungjawab di Las Vegas, Jeremy Schwartz mengesahkan pasukannya terlibat dalam siasatan.
That is not a battery fire.
That is an explosive device placed in a Cybertruck in front of a Trump hotel.
Clearly a message is being sent to Elon and President Trump.
— Wall Street Mav (@WallStreetMav) January 1, 2025
Tesla Cybertruck itu disewa daripada syarikat penyewaan kereta, Turo, menurut pegawai penguat kuasa undang-undang yang diberi taklimat mengenai siasatan.
Dalam pada itu, video keselamatan menunjukkan seorang individu memandu melalui Trump Hotel di Las Vegas kira-kira sejam sebelum kereta itu meletup, dan kemudian berpusing kembali berhampiran dan berhenti di hadapan hotel yang mana kereta itu meletup beberapa saat kemudian, pegawai itu yang memberitahu CNN.
Pihak berkuasa turut sedang melihat sama ada terdapat sebarang kaitan antara letupan dan serangan di New Orleans yang mana seorang suspek merempuh orang ramai dengan trak disewa daripada Turo.
Dalam hantaran di X, Elon Musk menyatakan Tesla sedang menyiasat perkara itu.
"Kami kini mengesahkan bahawa letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar dan/atau bom dibawa di atas Tesla Cybertruck yang disewa dan tidak berkaitan dengan kenderaan itu sendiri," tulis Elon.
Naib Presiden Eksekutif Organisasi Trump, Eric Trump, menerusi hantaran di X berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta kakitangan firma tersebut.
Elon (kiri) merupakan penyokong kuat Donald ketika Pilihan Raya Presiden AS baru-baru ini.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba Las Vegas dan penguat kuasa undang-undang tempatan atas tindak balas pantas dan profesionalisme mereka," tulis Eric.
Sementara itu, Kevin memberitahu pemberita bahawa siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan dan pasukannya juga 'sedar' mengenai serangan di New Orleans yang membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
"Setakat ini, tidak ada lagi ancaman kepada komuniti kami di sini sekarang.
"Tetapi jelas sekali, Tesla Cybertruck, Hotel Trump - terdapat banyak soalan yang perlu kami jawab sepanjang siasatan ini," kata Kevin.
Dalam pada itu, membincangkan mengenai motif letupan berkenaan, terdapat hantaran di media sosial menyatakan kaitan kenderaan dan lokasi dengan Presiden AS Terpilih, Donald Trump dan Elon yang merupakan penyokong kuat Trump berkemungkinan merupakan satu mesej atau amaran cuba disampaikan penyerang terhadap kedua-dua individu terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram