SEKURANG-KURANGNYA 15 mangsa terbunuh dan lebih 30 cedera selepas seorang lelaki bertindak memandu trak pikap dipercayai miliknya merempuh ke arah orang ramai di bandar New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi hari sambutan tahun baharu.
Superintendan Polis New Orleans, Anne Kirkpatrick menyifatkan rempuhan kereta pada Rabu itu sebagai satu serangan terancang.
BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu 'bergusti' di jeti Semporna
BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM
“Lelaki ini cuba melanggar seberapa ramai orang yang boleh,”
"Dia sangat bertekad untuk mencipta satu pembunuhan beramai-ramai dengan kerosakan yang dia lakukan," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kemudiannya mengenal pasti suspek sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42, warganegara AS dan seorang veteran tentera dari Texas.
Penolong ejen khas bertanggungjawab bagi FBI New Orleans, Alethea Duncan, memberitahu wartawan bahawa agensi itu percaya Jabbar tidak bertindak sendirian dan meminta orang ramai membantu siasatannya dengan berkongsi sebarang maklumat berkaitan.
"Kami tidak percaya bahawa Jabbar bertanggungjawab sepenuhnya.
"Kami menilai setiap petunjuk, termasuk rakan rapatnya," kata Alethea.
Insiden itu berlaku sekitar 3.15 pagi waktu tempatan berhampiran persimpangan jalan Canal dan Bourbon, tempat laluan pejalan kaki yang sibuk di tengah-tengah lokasi bersejarah di New Orlean iaitu French Quarter.
MASS CASUALTY EVENT: Another vehicular mass casualty event has been reported, this one in New Orleans. Dozens have been injured and killed. More to follow in this thread.
h/t: @rawsalerts pic.twitter.com/ky0GIxF6Ql
— @amuse (@amuse) January 1, 2025
Jabatan Polis New Orleans menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa kereta Shamsud-Din dipandu melanggar beberapa pejalan kaki sebelum terbabas.
“Selepas kenderaan itu berhenti, suspek dilaporkan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertindak balas dengan membalas tembakan.
“(Suspek) telah terkena tembakan dan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata kenyataan itu.
Video yang dikongsi dalam talian dan disahkan Al Jazeera menunjukkan orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian selepas bunyi tembakan kedengaran.
Anne berkata, suspek mencederakan dua pegawai polis semasa berbalas tembakan, tetapi kedua-dua anggota berada dalam keadaan stabil.
Susulan daripada kejadian tersebut, FBI segera mengumumkan pihaknya akan mengetuai siasatan kejadian itu.
Penyiasat dengan biro terbabit menemui objek kelihatan seperti bahan letupan buatan tangan dalam kenderaan suspek, walaupun tidak jelas pada masa itu sama ada peranti terbabit berfungsi atau tidak.
Juruteknik bom telah menilai peranti tersebut.
Alethea berkata, peranti Improvised Explosive Device (IED) diletakkan di French Quarter.
"Setakat ini, dua IED telah ditemui dan telah dibawa keluar," katanya.
Kemudian, satu kenyataan FBI menambah bahawa bendera yang merupakan gabungan kumpulan bersenjata ISIL (ISIS) juga ditemui dalam halangan trak itu.
“FBI sedang berusaha untuk menentukan hubungan suspek dan pertaliannya dengan organisasi pengganas,” kata Alethea.
Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell menyifatkan kejadian itu sebagai 'serangan pengganas'.
Jabatan Polis New Orleans menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa kereta dipandu suspek melanggar beberapa pejalan kaki sebelum terbabas. — Agensi
Beliau berkata, pegawai tempatan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan tempatan, dan keutamaannya adalah memastikan keselamatan mangsa.
"Kami tahu bandar New Orleans telah terjejas oleh serangan pengganas. Semuanya masih dalam siasatan," kata Cantrell dalam sidang akhbar pada awal pagi.
FBI juga satu kenyataan berkata, "Kami sedang bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menyiasat perkara ini sebagai satu tindakan keganasan."
Pada mulanya, penguat kuasa undang-undang dilihat berhati-hati untuk mengklasifikasikan kejadian itu sebagai serangan 'pengganas'.
Bagaimanapun, menjelang lewat Rabu, FBI mengumumkan ia memperluaskan siasatannya ke Houston, Texas yang mana suspek mempunyai hubungan keluarga.
Melaporkan dari Washington, DC, wartawan Al Jazeera, Rosiland Jordan menyatakan bahawa, sementara FBI menganggap kejadian terbabit sebagai tindakan keganasan, biro itu masih belum mendedahkan sepenuhnya bukti dijumpai untuk mengesahkan motif serangan.
"Motif adalah persoalan besar. Mereka tidak tahu sama ada suspek mempunyai motif tersembunyi. Mereka tidak tahu sama ada suspek menerima sebarang bantuan.
"Mereka tidak tahu, jika kejadian ini telah dirancang dan berapa lama kejadian ia dirancang,” ujar Rosiland. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram