PLKN 3.0 akan dilaksanakan di kem tentera, elaun kekal RM8 sehari — Khaled Nordin


  • Primer
  • Ahad, 15 Dis 2024

Menurut Khaled, PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera.

KEMENTERIAN Pertahanan memaklumkan bahawa kadar elaun sebanyak RM8 sehari akan terus dikekalkan kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang dijadualkan bermula pada Januari tahun hadapan.

Menterinya, Khaled Nordin berkata, setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun tersebut.

“Setakat ini, kita akan kekal elaun sebanyak RM8, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian dan penyerahan projek di bawah Program Kampung Angkat Madani-MINDEF di Balai Raya Kampung Baru Pasak, Johor.

BACA LAGI: Lelaki maut, penumpang wanita warga emas cedera parah kereta terbalik, jatuh cerun di Seremban

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

Pada Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.

Dalam masa sama, Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.

“PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera. Berasaskan itu kita percaya soal buli dan provokasi akan dapat ditangani,” kataya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram