CUTI paterniti di Finland kini meningkat hampir dua kali ganda berikutan pembaharuan sistem cuti khusus untuk golongan ibu bapa yang memberikan hak sama rata kepada mereka.
Perubahan itu sekali gus memberikan kedua-dua ibu bapa jumlah cuti bergaji yang sama untuk kali pertama iaitu sebanyak 160 hari untuk digunakan sebelum kanak-kanak itu mencapai umur dua tahun.
Manakala, sebanyak 63 hari adalah baki yang boleh dipindahkan kepada penjaga lain jika memerlukan.
BACA LAGI: Rumah naik air, pengantin baharu di Kedah turun agih makanan kenduri pada mangsa banjir
Pembaharuan cuti paterniti di Finland memberi peluang kepada bapa mengeratkan lagi hubungan dengan anak. — Gambar hiasan/Agensi
Sistem itu bertujuan agar dapat memberikan lebih fleksibiliti kepada keluarga serta meningkatkan kesaksamaan dalam kehidupan bekerja.
Susulan perubahan itu, Agensi Faedah Sosial Kela berkata, ia secara tidak langsung membuatkan semakin ramai golongan bapa mengambil keputusan menjaga anak mereka di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
Kebanyakan bapa kepada kanak-kanak yang dilahirkan selepas pembaharuan sistem secara puratanya mengambil 78 hari cuti.
Seorang daripadanya, Leo Vainio berkata, Perpustakaan Pusat Bandar Helsinki kini menjadi lokasi digemari ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
"Saya rasa anda kini melihat lebih ramai bapa datang ke sini berbanding sebelum ini," katanya,
Menghabiskan masa bersama anaknya, Unto yang kini berusia setahun, Vainio berkata, dia mengambil cuti paterniti selama dua bulan.
"Pembaharuan ini adalah sangat positif. Ia merupakan sistem yang baik untuk meningkatkan kesaksamaan dan menawarkan kedua-dua ibu bapa jumlah hari cuti yang sama," katanya.
"Saya percaya, ia akan mewujudkan ikatan berbeza antara anak dan bapa apabila anda dapat meluangkan lebih banyak masa bersama," kata seorang lagi bapa, Kimi Lilja yang bermain dengan anak sulungnya di perpustakaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram