[VIDEO] Tunjuk 'macho' depan pasangan tumbuk pemandu e-hailing, lelaki Indonesia pilih jalan berdamai


  • Benua
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik pemandu e-hailing dipukul oleh seorang penumpang lelaki.

TULAR satu rakaman video di media sosial menyaksikan pemandu e-hailing, Ojek Online dipukul oleh penumpang lelaki.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah kereta di Indonesia.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kelihatan pemandu e-hailing terbabit dipukul di bahagian pipi kiri oleh seorang lelaki yang berada di tempat duduk penumpang.

BACA LAGI: SPRM mula siasat kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet

BACA LAGI: Khazanah, PNB beri penjelasan penjualan saham FashionValet

Dipercayai, berlaku perselisihan salah faham antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan pemandu berkenaan dipukul oleh lelaki terbabit.

Dalam video tersebut, meskipun pemandu tersebut dipukul oleh lelaki berkenaan namun dia memilih untuk tidak membalas perbuatan tersebut namun sempat merakam kejadian itu.

Menurutnya, dia akan membuat laporan terhadap pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan.

Turut kelihatan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada lelaki berkenaan juga berada dalam kejadian.

Wanita itu sempat dirakam memohon maaf atas kejadian yang berlaku ke atas pemandu berkenaan sebelum kedua-dua mereka diarahkan untuk turun daripada kereta tersebut.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua pihak dilaporkan bersetuju untuk berdamai dan enggan memanjangkan perbalahan tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua pihak tidak menyatakan punca kejadian itu dan memilih untuk mendiamkan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram