Hilang sentuhan 'otai', Penang Black Panther antara 3 pasukan gagal ulangi kejayaan di GP Johor


  • Podium
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Kuala Lumpur Thunder dan Perak Bison antara pasukan STL yang konsisten dalam setiap kumpulan dalam beberapa GP sebelum ini.

SAINGAN Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor sudah pun membuka tirainya pada Selasa lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Larkin, Johor itu menyaksikan lapan pasukan STL berhasil mengesahkan tempat untuk layak ke suku akhir selepas berhempas-pulas di peringkat kumpulan.

Lapan pasukan tersebut termasuklah Selangor Pistons, Kuala Lumpur Thunder, Perak Bison, Johor Tigris, Negeri Sembilan Antlers, ATM Guardians, Bomba Fighter dan PDRM Defenders.

BACA LAGI: [VIDEO] Fans berspekulasi, katanya kemenangan Johor Tigris 'hadiah', Negeri Sembilan Antlers seolah-olah mahu elak jumpa KL Thunder

BACA LAGI: Sedia hadapi cabaran KL Thunder, pengurus Johor Tigris dedah ada 'senjata' rahsia

WhatsApp Image 2024-11-01 at 18.34.23

Johor Tigris berhasil mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Negeri Sembilan Antlers. — Facebook/STL

Menariknya saingan suku akhir tersebut, lapan daripada pasukan berkenaan berjaya mengulangi kejayaan mereka dalam GP sebelum ini antaranya juara bertahan, Kuala Lumpur Thunder, Selangor Pistons, Perak Bison dan ATM Guardians.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa pasukan yang gagal untuk mengulangi kejayaan dalam GP sebelum ini.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pasukan yang tidak berhasil mara ke separuh akhir bagi GP Johor kali ini.

WhatsApp Image 2024-11-01 at 20.19.31

Terengganu Turtles terpaksa menelan pahit apabila gagal mara ke suku akhir GP Johor.

1. Terengganu Turtles (GP Perak)

Terengganu Turtles antara pasukan yang pernah terkandas di pusingan suku akhir dalam GP sebelum ini.

Naib juara GP Terengganu itu tumpas 0-2 kepada ATM Guardians bagi GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Kekalahan 14-17, 11-15 itu menyaksikan Terengganu Turtles gagal ke separuh akhir.

Nasib malang terus menghantui Terengganu Turtles apabila gagal mengulangi pencapaian dalam GP Johor selepas terkandas di peringkat Kumpulan C.

Untuk rekod, pasukan Pantai Timur itu berjaya melangkah ke separuh akhir GP Penang selepas mudah menewaskan Johor Tigris 2-0 dalam saingan suku akhir.

Dalam GP Penang itu, Terengganu meraih tempat keempat apabila tewas kepada Negeri Sembilan Antlers straight set.

WhatsApp Image 2024-11-01 at 20.17.32

Penang Black Panthers tidak berhasil mara ke suku akhir GP Johor.

2. Penang Black Panthers (GP Terengganu)

Pasukan yang memberi kepercayaan kepada pemain muda musim ini turut tidak ketinggalan apabila pernah terkandas di separuh akhir GP Terengganu.

Meskipun pernah bergelar pasukan gergasi namun kehilangan beberapa pemain berpengalaman dalam skuad itu nyata memberi impak negatif.

Dalam GP Terengganu, Penang Black Panthers berhasil mara ke suku akhir dan seterusnya ke separuh akhir.

Begitu pun, mereka terpaksa akur apabila tewas kepada PDRM Defenders dengan keputusan 0-2 (15-17,10-15) untuk meraih tempat keempat GP Terengganu.

Namun, kejayaan itu sepertinya tidak dapat diulangi dalam GP Johor musim ini apabila tewas kepada KL Thunder.

WhatsApp Image 2024-11-01 at 20.19.32

Kelantan Warrios tewas dalam dua perlawanan Kumpulan B.

3. Kelantan Warrios (GP Selangor)

Perjalanan wakil pasukan dari Pantai Timur, Kelantan Warriors terhenti di suku akhir GP Selangor apabila tewas kepada Perak Bison dengan keputusan 2-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu menyaksikan Kelantan Warriors terpaksa akur akan kekuatan Perak Bison.

Kelantan Warriors pernah mengejutkan peminat sukan sepak takraw tanah air apabila menjadi wakil dari Divisyen 1 untuk beraksi di Liga Premier.

Malangnya, impian Kelantan untuk mara ke suku akhir GP Johor kali ini turut tidak kesampaian apabila diundi dalam Kumpulan B yang dibarisi Bomba Fighters dan PDRM Defenders. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram