PM Anwar arah Khazanah buat audit dalaman susulan kerugian pelaburan RM43.9 juta


  • Primer
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Anwar (Gambar kecil) telah mengarahkan Khazanah Nasional Bhd untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Bhd untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

Dalam hantaran di platform X, Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata, arahan tegas itu sebagai memaknai pengumumannya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Ia bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing," katanya menerusi satu ciapan pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kilang di China temui ajal kepala tersepit ketika cuba keluarkan kertas tersekat pada mesin

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap kerugian yang ditanggung oleh Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada pelaburan mereka dalam perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

Dalam maklum balas bertulis Parlimen minggu lepas, Kementerian Kewangan berkata Khazanah dan PNB menjual sahamnya dalam platform e-dagang fesyen FashionValet pada harga RM3.1 juta, kepada NXBT Partners pada 2023.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram