[VIDEO] Hanya kerana berdoa ketika berhenti di lampu merah, wanita AS sembur pemandu dengan 'pepper spray' di New York


  • Benua
  • Khamis, 31 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik serangan dilakukan Guilbeault terhadap Shohel.

SEORANG penumpang wanita e-hailing di New York, Amerika Syarikat berdepan pertuduhan kerana melakukan jenayah kebencian dengan menyembur 'pepper spray' kepada seorang pemandu yang beragama Islam pada Julai lalu.

Pihak pendakwa raya menyifatkan perbuatan tertuduh, Jennifer Guilbeault, 23, sebagai satu 'serangan anti penganut Islam.

Wanita itu didakwa dengan beberapa pertuduhan Mahkamah Agung Negeri New York antaranya melakukan serangan fizikal tahap ketiga dan kedua.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Fun fair' bertukar tragedi, 10 pengunjung cedera tercampak lepas 'gondola cars' tercabut di Ecuador

BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib kecewa mahkamah arah bela diri, Shafee kecewa tak menang walau dengan 1 mata

Guilbeault dituduh menyembur lada pemandunya yang berusia 45 tahun, yang menjemputnya dan seorang rakannya pada kira-kira 12:15 pagi pada 31 Julai.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 pagi 31 Julai lalu, Guilbeault dilaporkan bertindak menyembur 'pepper spray' ke arah pemandunya yang berusia 45 tahun, yang sebelum itu menjemputnya dan seorang rakannya.

Serangan itu didakwa berlaku selepas pemandu lelaki itu berdoa dalam bahasa Arab ketika berada di sebuah persimpangan lampu isyarat dengan merusuh ke hadapan ke tempat bahagian pemandu sebelum menyembur 'pepper spray' ke arah mangsa.

Pejabat peguam daerah berkata, pemandu itu yang mengalami kecederaan "melecur, kemerahan dan sakit" segera menghubungi 911 ekoran insiden tersebut dengan Guilbeault kemudiannya ditangkap di tempat kejadian.

6132104832509656817

Shohel yang menjadi mangsa serangan kebencian pada Julai lalu. — Agensi

Kejadian terbabit turut dirakam kamera keselamatan yang dipasang di dalam kenderaan.

Dalam pada itu, The New York Times melaporkan pemandu lelaki terbabit dikenali sebagai Shohel Mahmud berkata, kecederaan dialami menghalangnya daripada memandu selama kira-kira dua bulan.

Guilbeault mengaku tidak bersalah dan dibebaskan daripada tahanan dengan dia dijangka kembali ke mahkamah pada Januari depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram