PELAKON terkenal tanah air, Diana Danielle sekali lagi memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram miliknya, pada Isnin.
"Saya sudah membuat keputusan untuk berpisah secara rasmi dengan suami dan akan memfailkan penceraian.
"Tidak, saya tidak akan menjelaskan puncanya (fail cerai). Mungkin dia akan menjelaskannya seperti biasa, dengan bunga, cincin dan janji kosong," katanya.
Tegas Diana lagi, kembali rujuk bukan untuk semua orang dan meminta dirinya untuk dilepaskan.
“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.
“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya.
Untuk makluman, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram