Pesan orang tua jangan seronok sangat, 'hiker otai' kongsi tip elak pendaki diganggu makhluk halus


  • Hobi
  • Rabu, 09 Okt 2024

Banyak adab yang perlu dititiberatkan pendaki sewaktu berada di tengah-tengah kawasan hutan. — Agensi

SIAPA sahaja tidak menyukai aktiviti pendakian yang menawarkan pelbagai pengalaman berbeza buat seseorang.

Dengan pelbagai laluan dan destinasi yang tersedia, mendaki sesuai untuk semua peringkat umur mengikut tahap kecergasan masing-masing.

Memandangkan ramai gemar mendaki, amat penting untuk menitikberatkan adab semasa melakukan hobi 'mahal' itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Siswa Labah-Labah daki secara merangkak, anak jati Kuching buktikan OKU mampu tawan Everest

BACA LAGI: Tubuh pendaki solo wanita Malaysia terasa 'shut down', sesak nafas sebelum tawan puncak Everest Base Camp

Menerusi hantaran di Facebook, seorang pendaki handalan, Hamdan Abdul Ghani memberi amaran agar pendaki gunung tidak bertindak secara sewenang-wenangnya ketika berada di atas hutan.

"Kalau boleh jangan terlalu berita-beria mahu menjerit, berjoget dan bersorak dengan cara berlebihan.

"Lagi-lagi ketika berada di kawasan hutan atau perkampungan orang," katanya.

Hamdan berkata, perkara itu perlu dibuat sebagai inisiatif untuk mengelak diganggu oleh makhluk halus yang berada di alam lain.

"Takut kita akan mengganggu (mahkluk itu) yang kemudian menyebabkan kita juga boleh diganggu," katanya.

Hamdan berharap agar para pendaki juga masing-masing membantu untuk menegur individu yang berkelakuan tidak sopan ketika berada di tengah-tengah hutan.

"Tak kisah line up itu kawan atau pelanggan setia, (pendaki) geng-geng otai tolong tegur kalau jumpa puak-puak ini.

"Kadang-kadang geng-geng otai ini jenis diam sahaja. Perhati sahaja seperti kamera litar tertutup (CCTV).

"Selepas itu kalau ada apa-apa terjadi, ayat dia hanyalah 'seronok sangat kan dah kena, padan muka'. Saya cakap berdasarkan pengalaman yang berlaku," katanya.

6066571066161085372

Antara perkara lain perlu dititikberatkan ialah seperti tidak membuang sampah secara sembarangan.

Hantaran itu disokong oleh ramai pendaki lain yang cukup berasa tingkah laku merupakan aspek penting dalam meneruskan laluan pendakian yang penuh mencabar.

"Ada yang bersepah buang air," tulis Ebai Bai.

Tidak hanya itu, seorang pengguna, Hakimi Rai menyokong hantaran itu sambil mendedahkan peristiwa yang terjadi kepada aktiviti pendakian yang dibuat di Gunung Tahan baru-baru ini.

"Ada kumpulan yang terlalu bising apabila sampai di setiap kem hingga lewat pagi.

"Ramai kompelin terganggu nak tidur sehingga ada makhluk halus yang menegur salah seorang peserta kumpulan lain yang mohon agar mereka bertindak senyap.

"Tak salah mahu bergembira tetapi jangan sampai mengganggu individu lain yang cuba untuk berehat bagi memulakan pendakian seterusnya," katanya.

Seorang pengguna, Apak Bahau turut beranggapan pendaki perlu menitikberatkan aspek lain seperti tidak membuang sampah secara sembarangan.

"Dan yang paling penting sekali sampah itu janganlah buang merata-rata ya," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram