[VIDEO] Jentera bomba terbalik di AS, 8 anggota cedera


  • Benua
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Sebuah jentera bomba terbalik di lebuh raya Irvine, Amerika Syarikat pada Khamis. 

SEKURANG-KURANGNYA lapan anggota bomba yang pulang dari memadamkan kebakaran di Lapangan Terbang Trabuco Canyon mengalami kecederaan apabila jentera bomba yang dinaiki terbalik di lebuh raya Irvine, Amerika Syarikat pada Khamis.

Menerusi hantaran di laman X, seorang pengguna, Rawsalerts menunjukkan sebuah jentera bomba Orange County yang terbalik sehinggakan sejumlah besar serpihan barangan turut bertaburan di atas jalan raya.

Pegawai melaporkan bahawa seramai enam anggota bomba mengalami kecederaan parah manakala dua yang lain mengalami kecederaan ringan.

BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada sebuah tangga yang berada di laluan lebuh raya 241.

Jabatan Perkhidmatan Jalan California berkata, sebuah kenderaan yang berada di hadapan jentera bomba terpaksa mengelak tangga tersebut yang menyebabkan jentera bomba cuba mengelak sehinggakan melanggar penghadang di jalan raya sebelum terbalik.

Mengulas lanjut, anggota bomba yang cedera dikejarkan ke hospital yang terletak berhampiran Orange County.

Bagaimanapun, kedua-dua arah lebuh raya di kawasan insiden itu ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan helikopter mendarat dan melakukan pemindahan barangan yang terjatuh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram