SEKURANG-KURANGNYA 17 murid dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah dorm di sekolah rendah di daerah Kenya pada malam Khamis.
Dipercayai, sekolah rendah berkenaan menempatkan kira-kira 800 murid berusia antara lima hingga 12 tahun.
Menurut laporan polis, insiden yang berlaku di Akademi Endarasha Hillside, Nyeri itu terjadi ketika kanak-kanak berkenaan sedang tidur.
BACA LAGI: Arif Aiman, Matt Davies sampai tercungap-cungap kejar, fans mahu Gergasi Merah sign 'Messi Filipina'
BACA LAGI: [VIDEO] Ronaldo manusia pertama di muka bumi cetak 900 gol, jauh tinggalkan Messi
Jurucakap Perkhidmatan Polis Kebangsaan, Resila Onyango berkata, 14 murid dikejarkan ke hospital akibat melecur yang serius.
"Dilaporkan 17 kematian akibat insiden itu dan terdapat mangsa mengalami kecederaan serius telah dibawa ke hospital.
Rosila berkata, mayat yang ditemukan di lokasi kejadian rentung sehingga tidak dapat dicam atau dikenal pasti identiti masing-masing dan lebih banyak mayat dijangka dapat ditemukan.
Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun siasatan telah dimulakan.
Dalam pada itu, Presidennya, William Ruto menzahirkan ucapan takziah kepada waris mangsa.
"“Ingatan dan doa kami kepada keluarga kanak-kanak yang telah kehilangan nyawa dalam tragedi ini.
“Berita ini sangat mendukacitakan, siasatan teliti berhubung insiden mengerikan itu perlu dilakukan segera," katanya di laman X. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram