TULAR satu video di media sosial memaparkan insiden perobohan beberapa bangunan terbiar menggunakan bahan letupan di China.
Menerusi rakaman yang tular itu, kira-kira 15 bangunan dilihat ditelan bumi selepas diruntuhkan.
Difahamkan, kesemua bangunan tersebut dimiliki oleh syarikat pemaju yang sudah kehabisan dana untuk terus beroperasi dan tidak mampu membayar hutang pinjaman.
BACA LAGI: 'Semua gambar Google rai gol', fans tak sabar tunggu perubahan 'besar' Harimau Kumbang
Bagaimanapun, video yang tular semula itu merupakan kejadian lama yang berlaku Ogos 2021 di bandar Kunming, yang terletak Selatan China.
Media tempatan, China Global Times juga melaporkan bangunan itu pada asalnya dibina untuk penduduk namun projek berkenaan kemudiannya terbengkalai dan tidak pernah siap.
Insiden sedemikian bagaimanapun bukanlah satu fenomena baharu kerana ia turut berlaku di bandar-bandar lain ekoran daripada tumbuhnya projek pembangunan melampau sejak 2004 hingga 2014 sehingga membawa kepada krisis hartanah melibatkan bangunan tidak diduduki.
Situasi tersebut juga menyumbang kepada bertambahnya bangunan tinggi yang terbiar sehingga mewujudkan kawasan yang dikenali sebagai bandar 'berhantu' dekat beberapa kota di negara berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram