
HAMPIR setengah bilion kanak-kanak mengalami dua kali ganda bilangan hari kepanasan melampau setiap tahun berbanding datuk dan nenek mereka, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada 13 Ogos 2024.
Ketika peningkatan suhu semakin meningkat di seluruh dunia, satu daripada lima kanak-kanak dengan seramai 466 juta kanak-kanak tinggal di kawasan yang mengalami sekurang-kurangnya dua kali ganda hari yang sangat panas berbanding 60 tahun lalu.
Ketua Advokasi Unicef, Lily Caprani berkata, badan kanak-kanak adalah kecil tidak seperti orang dewasa dan mereka lebih terdedah kepada kepanasan melampau.
BACA LAGI: Selamatkan 2 juta orang daripada mati akibat merokok
BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia, hantar pasukan pengaman ke Palestin
Badan kanak-kanak adalah kecil tidak seperti orang dewasa dan mereka lebih terdedah kepada kepanasan melampau.— Gambar fail
Kanak-kanak lebih terdedah kepada kepanasan melampau berbanding orang dewasa dan keadaan itu juga memberi kesan negatif kepada wanita hamil.
Menurut agensi itu, suhu tinggi turut mengganggu pendidikan dengan sekolah terpaksa ditutup, menjejaskan sekurang-kurangnya 80 juta kanak-kanak pada tahun 2024.
Kanak-kanak di Afrika Barat dan Tengah paling terjejas, dengan 123 juta kanak-kanak menghadapi suhu 35°C atau lebih tinggi secara berterusan.
Di Mali, Afrika Barat lebih daripada 200 hari setahun boleh mencecah suhu tersebut.
Di Amerika Latin, 48 juta kanak-kanak menghadapi dua kali ganda bilangan 35°C atau lebih tinggi suhu panas berbanding 60 tahun lalu.
Unicef berkata, suhu tinggi menyumbang kepada kekurangan zat makanan dan meningkatkan risiko penyakit seperti malaria dan denggi.
Unicef menekankan keperluan pendidikan untuk ibu bapa mengenai strok haba, latihan untuk kakitangan perubatan, dan pelaburan dalam penyaman udara di sekolah.
Unicef juga menyeru tindakan lebih besar untuk mengekang perubahan iklim yang disebabkan oleh penggunaan bahan api fosil. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram